Aku masih ingat lagi ketika perjalanan ke Brazil pada tahun 2009 dengan pesawat Air France dengan dalam keadaan cuaca tidak berapa baik k...

Menyingkap kembali Nahas Pesawat Air France 447



Aku masih ingat lagi ketika perjalanan ke Brazil pada tahun 2009 dengan pesawat Air France dengan dalam keadaan cuaca tidak berapa baik ketika penerbangan merentasi lautan Atlantik. Aku masih ingat lagi pesawat yang aku naiki adalah Airbus 330 atau Air France 442. Apabila tiba di bumi Rio De Janeiro aku sungguh terperanjat apabila terpampang dikaca TV dengan kejadian kehilangan pesawat dari syarikat yang sama.
Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Brazil ke France manakala aku tiba dengan selamat dari France ke Brazil. Aku rasa penuh bersyukur kerana selamat tetapi malang buat 2 orang kakitangan syarikat tempat aku bekerja telah terlibat dengan nahas tersebut dalam perjalanan ke France

Apa yang dapat aku lihat dari video di atas, puncanya sistem auto pilot yang gagal berfungsi ketika penerbangan dan kurangnya kecekapan dan pengalaman juruterbang menerbangkan pesawat secara manual. Kita sebagai manusia apatah lagi tidak boleh dari kesilapan inikan pula mekanisma atau peranti pengedali pesawat. Walaupun sudah di lakukan pemeriksaan berulang kali tetapi tiada siapa yang akan tahu bila kegagalan akan berlaku.