Kesan peninggalan sejarah adalah sesuatu yang amat penting dan merupakan sebagai bukti untuk suatu kewujudan dan cerita di sebalik pada ...

Arab Saudi mahu musnah tapak rumah Nabi Muhammad (SAW)

 
Kesan peninggalan sejarah adalah sesuatu yang amat penting dan merupakan sebagai bukti untuk suatu kewujudan dan cerita di sebalik pada sesuatu peninggalan. Contoh yang ada di Malaysia ialah A Famosa yang telah menaikkan nama Melaka sebagai negeri tarikan pelancong.
A Famosa telah menjadi bukti bahawa puak Portuguese telah datang sehingga orang melayu sekarang telah menyerapkan bahasa Portuguese dalam bahasa melayu seperti Jendela, Sepatu, Bola, Mangga, Limau, Garfu, dan macam lagi persamaan.

So apa yang aku nak sampaikan disini ialah kalau peninggalan sejarah rumah nabi Muhammad SAW itu di hapuskan apakah yang akan berlaku pada generasi akan datang?

Cuba kita lihat Stone Age di bumi asing yang masih terpelihara. So disitu orang akan bertanya mengapa batu itu didirikan?
So mesti ada cerita mesteri di sebalik susunan batu. Sampai sekarang orang putih pelihara batu yang hanya disusun bertingkat

Jika rumah Rasulullah itu di gantikan dengan rumah lain maka selepas ini tiada lagi orang akan bertanya dan menyampaikan sejarah kepada generasi cucu cicit mereka. 

Di Malaysia apa kurangnya, Candi Lembah Bujang pun sudah dirobohkan demi pembangunan


Gambar candi nombor 11 pada 1996 yang kini tiada lagi selepas dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan. Gambar oleh Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

So korang fikirkanlah sendiri mana yang lebih penting? Peninggalan sejarah atau pembangunan untuk masa akan datang dengan nilai harga rumah dan hartanah yang semakin melonjak naik.

Quote:
Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan.

“Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi.

“Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja.

Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW).

Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan.

Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru.

Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu.
Sumber dari: Metro