Aku masih ingat lagi era 90-an di mana filem Sembilu 1 dan 2 adalah filem sesuai untuk kaki-kaki wayang yang sedang bercinta. Dari file...

Erra Fazira bercerai lagi untuk kali kedua

 

Aku masih ingat lagi era 90-an di mana filem Sembilu 1 dan 2 adalah filem sesuai untuk kaki-kaki wayang yang sedang bercinta. Dari filem itu telah menjadi gossip dan telah digossipkan di antara Erra dengan Awie. Tapi mungkin hanya cinta monyet atau sudah tiada jodoh. Si Erra pulak beralih kepada Yusri KRU dan kemudian sampai ke jinjang pelamin. Aku masih ingat lagi kenduri kahwin mereka berdua penuh mewah dan berprestij. Gilalah sampai masuk tv mengalahkan perkahwinan di raja.
Tapi mereka berdua sudah ditakdirkan untuk berpisah. Erra bercerai untuk kali pertama pada ketika itu. Selang beberapa tahun selepas itu Erra pun di ijabkabukkan dengan si Emran. Dan hari ini pula berita telah mengkhabarkan si Erra ini bercerai untuk kali kedua.

 Dimanakah silapnya? Apakah setiap penceraian itu tanpa alasan dan silap? Cerai ini tak kira darjat, baik artis dato/datin ke, ahli politik ke, dan macam-macam jenis orang pun kalau ada kesilapan dan antara dua pihak pasti akan berlaku penceraian. So korang renung-renungkanlah dan pada yang sudah berumahtangga berusahalah mengekalkan kebahagian hingga akhir hayat.


Keluarga Erra Fazira dan Engku Emran bersama anak mereka Engku Aleesya sebelum pasangan itu disahkan bercerai secara baik, hari ini. FAIL NSTP
Quote:
Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.

Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.

Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.

Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
Sumber dari: Metro