Satu penemuan yang menakjubkan apabila 3 pakar fizik Yoichi Ochiai, Takayuki Hoshi, Jun Rekimoto telah berjaya mangapungkan pelbagai benda yang kecil dengan menggunakan gelombang bunyi.
Kitaran gelombang frekuensi tertentu telah berjaya mengunci partikel kecil lalu mengapungkannya. Ini adalah satu permulaan penemuan yang menakjubkan dimana mungkin suatu hari nanti manusia berjaya mengapungkan sesuatu yang lebih besar dengan hanya menggunakan gelombang frekuensi.