Hah..siapa cakap negara Malaysia ni tiada gempa bumi... Nah ini buktinya..sebelum ini kecoh pasal puting beliung di Johor..sekarang gempa...

Empat rumah kedai rosak susulan dua gempa bumi di Pontian



Hah..siapa cakap negara Malaysia ni tiada gempa bumi... Nah ini buktinya..sebelum ini kecoh pasal puting beliung di Johor..sekarang gempa bumi pulak..itu baru sikit jer..sebagai peringatan kepada mereka yang masih tak sedar lagi..mujur tiada yang maut. Sendiri mahu ingatlah apa yang kurang..kalau rase kura kenalah ditambahkan lagi. Just bersedialah apa yang patut untuk menghadapi apa yang akan melanda kelak.
Quote:
PONTIAN: Empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di Kukup Laut di sini, rosak dengan tiang penyokong bangunan berkenaan ada yang hampir patah berikutan dua gegaran yang berlaku tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi ketika orang ramai sedang bersarapan selain berurusan di lokasi berkenaan.

Lebih 20 orang pelanggan sebuah kopitiam di situ bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila gegaran melanda.

Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber dari: Metro