Nadzim Johan kata jangan duduk saja menunggu kena kerja lebih keras. Nak kerja yang macam mana? Berniaga? Nak jadi macam peniaga MLM ke? Jadi agen insuran atau unit trust?
Salah urus tadbir rakyat pula yang terpaksa menanggung dengan penuh terseksa.
Wahai encik Nadzim ooii..takkan ko nak orang kampung yang bukan dari golongan profesional nak suruh buat kerja-kerja macam tu.? Takkan nak suruh golongan makan gaji bekerja lebih masa...bukan naik gaji pun kalau kerja lebih.. sama jer..sedangkan pekerja yang mempunyai bayaran overtime pun belum tentu cukup untuk menampung segala kenaikkan..itu pun cukup-cukup makan jer.
Tak payahlah ko nak cuba memberi nasihat atas nama tiket Islam..sedikit pun ko tidak membantu rakyat yang marhaen...ko seperti menggalakkan lagi segala-segalanya naik..
Ko suruh orang kerja lebih..tapi ko tak kesian ke dengan kehidupan mereka yang terpaksa mengorbankan masa dengan anak-anak serta isteri di malam hari.? Sanggup ke ko tengok setiap hari mereka yang terdesak terpaksa balik lewat hingga mengabaikan tanggungjawab.
Bagi aku ini semua bukan hidup yang penuh berkualiti. Apa yang mereka mahukan keselesaan masa bersama keluarga. Segalanya mencukupi dan bukannya hidup dalam keadaan kesempitan yang terdesak
PPIM: Harga naik, kerja keras cari wang lebih
Di sebalik rungutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebaliknya tampil menggesa pengguna bekerja lebih kuat untuk mendapat lebih pendapatan.
Pemimpin PPIM Nadzim Johan berkata, ekoran kenaikan itu, pengguna disaran bangun dan bekerja lebih keras dan tidak harus hanya duduk menunggu semata-mata.
"Buat sesuatu, cari pendapatan lebih," katanya dalam forum mengenai kenaikan harga barang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara hari ini.
Pelbagai pihak sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia.
Ini turut mendorong sekumpulan aktivis NGO menganjurkan perhimpunan membantahnya di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru yang kini diisytihar perhimpunan haram oleh polis.

Sumber dari: Malaysiakini
Mungkin sebelum ini ko pernah hidup susah dengan penuh kesempitan sehingga berusaha dengan bekerja keras. Hasilnya mungkin dengan kejayaan en. Nadzim sekarang....
Quote:
Rabu Januari 19, 2011
Datuk Nadzim Johan Nyaris Dipenjara
Oleh SALWA SHA'ARI
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah pengkomitan (perintah untuk menghantar ke penjara) selama sebulan terhadap Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kerana gagal memfailkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.
Bagaimanapun, Nadzim masih tidak perlu menjalani hukuman penjara selepas peguamnya Pritam Singh mendapatkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dibuat secara lisan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada Rabu, perintah tersebut dikeluarkan pada 14 Januari lalu, selepas Penolong Kanan Pendaftar Bahagian Kebankrapan, Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan permohonan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Muttaqin Rabbani Abdullah.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 38(1)(b) Akta Kebankrapan 1967 kerana mendakwa Nadzim yang telah diisytiharkan bankrap gagal mematuhi kehendak undang-undang untuk berbuat demikian walaupun notis amaran telah dikeluarkan.
Nadzim diisytiharkan bankrap pada 9 September 1985 kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1,491,437.05.
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan enam bulan merupakan dokumen yag menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan bankrap yang perlu difailkan setiap enam bulan oleh si bankrap kepada Jabatan Insolvensi.