Memang tidak dapat dinafikan lagi musim tengkujuh tahun ini adalah yang paling mencabar dengan pelbagai dugaan  berbanding tahun-tahun se...

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA ,KATEGORI KETIGA 26-DEC-2013

Memang tidak dapat dinafikan lagi musim tengkujuh tahun ini adalah yang paling mencabar dengan pelbagai dugaan  berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini dapat dilihat di negara Filipina yang di anggarkan mengorbankan lebih 10ribu orang akibat taufan.

Di dalam negara pula dikejutkan lagi kejadian berulang dan kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya apabila banjir di Kuantan dan Kemaman adalah yang terburuk dalam sejarah. Banyak kerosakan telah berlaku hinggakan ada segelentir penduduk hilang rumah selepas banjir. Kemudian disusuli pula banjir di kawasan Temerloh dan menenggelamkan beberapa buah kampung.
Johor juga tidak ketinggalan menyebarkan di FB satu kejadian Puting Beliung

 
Baru-baru ini pula di Rawang Selangor tidak lupa untuk terlibat sama dengan bencana banjir 2013 walaupun hanya sementara.

Disusuli pula dengan satu kejadian pelik ikan penuh sesak melompat-lompat ke darat. Pelabagai-pelbagai versi spekulasi dikeluarkan seperti mahu gempa bumi laa..ikan lari ke darat sebab kena kejar dengan pemangsa laa...air tawar bertembung dengan air masin menyebabkan ikan lari takut mabuk laa...dan macam-macam lagi spekulasi yang aku dengar. Pendek kata spekulasi itu semunya telah merisaukan banyak pihak kerana takut kejadian tsunami akan berulang seperti apa yang berlaku di Acheh 9 tahun dahulu.

Kenapa sedunia banyak berlaku kejadian pelik seperti turunnya salji di Vietnam, Mesir, Iraq dan beberapa tempat yang belum pernah dijangkakan turunnya salji. Peperangan dan pergolakan di beberapa buah negara hingga terkorbannya banyak nyawa.
Apakah kesemua ini ada MUSIBAH atau BALA dari maha pencipta? Apakah dunia sudah memasuki era disaat-saat akhir sebelum kiamat? Wallahualam..
Quote:
Dikeluarkan pada pukul 04:49PM, 26 Disember 2013


AMARAN KATEGORI KETIGA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Di Perairan Laut China Selatan


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Rejang, Bintulu, Miri & Limbang) & Sabah (Pantai Barat, Pedalaman & Kudat) dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 26 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka & Johor Barat dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 26 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak & Reef South dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North, Bunguran, Palawan & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat malam, Khamis, 26 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Rejang, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 26 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka & Johor Barat dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 26 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Sumber dari: Meteorologi Malaysia

Pada aku... aku lebihkan risaukan keruntuhan akhlak seperti Malaysia secara perlahan-lahan untuk kembali ke zaman jahiliyah. Itu boleh dibuktikan di mana mereka yang diluar tu bebas dengan hubungan sulit. Zina itu dipanggil "SCANDAL" amalan rahsuah berleluasa dipanggil "POLITIK WANG" dan bermacam-macam terma atau perkataan yang telah ditukar. Korang cubalah cari sendiri....Bayi di tanam hidup-hidup atau dibuang dengan begitu sahaja. Lebih diburukkan lagi dengan undang-undang hak-hak asasi untuk golongan LGBT yang membuatkan aku lebih meluat dengan orang yang tiada keyakinan diri untuk berkahwin secara normal.

So dengan segala macam diatas aku tak takut pun segala musibah dan bala jika ia akan dilandakan ke negara ini. Kerana Nila Rosak Susu Sebelanga....aku redha akur kerana gagal membendung racun rohani yang semakin merebak.

Korang jangan risau..apa pun berlaku korang perlu bersiap sedia dengan memenuhkan dan menguatkan  Amalan, Fizikal dan Mental