Komentar dari aku dalam cerita ini ialah kurangnya pengetahuan agama pada mereka.
Pertama si bekas Isteri sanggup membunuh diri akibat dicerai lagi. Dah la kena cerai , di bantainya talak tiga pulak tu. Mana tak mengalami kekecewaan dan tekanan perasaan yang melampau menyebabkan si bekas isteri mengambil tindakan sedemikian. Mungkin sudah ada pengalaman hitam dari bekas suami pertama yang berlaku curang terhadapnya membawa curiga kepada bekas suami kedua.
Kedua, si suami gagal menenangkan isteri. Patutnya dalam keadaan bergaduh dalam rumah tangga seelok-eloknya beralah dahulu. Mungkin ada isu cabar mencabar dalam pertengkaran dengan ego masing-masing membuatkan si bekas suami hilang sabar dan sanggup lafaz talak tiga pada isteri.
Kuala Lumpur: Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.
Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.
“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.
“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.
Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.
“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber dari: Metro
Nasihat aku kalau berlaku dingin antara kedua pasangan dalam rumahtangga korang elok lebihkan dengan aktiviti ibadah. Kalau boleh bawakkan bersabar dan luangkan masa lebihkan untuk mendekatkan diri pada agama. Contohnya solat jemaah di masjid dan mendengar ceramah bersama pasangan. Tak kisahlah sesiapa pun, isteri juga boleh memujuk suami untuk ke masjid bersama.
Dari situ boleh mengukuhkan dan menguatkan iman kita dan menajar kta berfikir di antara baik dan buruk untuk mengatasi isu kemelut rumahtangga.
Dunia moden sekarang aku tengok jarang dah orang muda yang sudah berkahwin nak berjemaah. Kalau bershopping di pusat beli-belah laju saja lebih dari beribadat di masjid. Bukan dirumah tu tak boleh beribadat tapi di masjid kita ada sosial yang sihat. Boleh berkenalan dengan para jemaah yang lain. So dari situ boleh eratkan silaturahim dengan orang lain.
Di masjid ada ceramah dan majlis ilmu agama yang boleh dipelajari dan mengambil iktibar dengan apa yang disampaikan dari pakar-pakar agama. Di masjid juga suami dan isteri akan duduk berasing. Yerlakan perempuan duduk dengan jemaah perempuan. Lelaki dengan jemaah lelaki. Dari situ dah dapat elak dari nak bertengkar sebab masing-masing di jarakkan. Bila pulang dah terasa letih dan penat teruslah masuk tidur nak rehat secukupnya untuk hari esok.
Korang jangan pulak anggap aku nie kaki sibuk dengan rumahtangga orang. Rumahtangga pun dah runtuh just nasihat pada korang yang boleh menerima.
Kalau korang baca berita tu si bekas suami masih sayangkan bekas isterinya kerana sanggup cedera untuk menyelamatkan bekas isterinya. Tetapi apakan daya, telajak perahu boleh diundur, telajak kata badan binasa. Nasi sudah menjadi bubur, yang berlaku sudah berlalu dan janganlah kita mnegikutkan hati dan perasaan tanpa berfikir panajang akan kesannya.
Aku sekadar nasihat saja. Ini saja yang aku mampu.. semoga apa yang elok dapat dimanafaatkan.