RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek bertopi keledar mengugut pekerja premis. Hati-hati orang Johor, sekarang ini musim rompak sana sini. Ba...

Video Rakaman Rompakan Berpistol Di Sebuah Kedai Telefon Bimbit di Johor Bahru

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek bertopi keledar mengugut pekerja premis.

Hati-hati orang Johor, sekarang ini musim rompak sana sini. Baru-baru ini rumah kawan aku yang kena. Kesian adiknya yang tinggal keseorangan telah menjadi mangsa keganasan si penceroboh. Kes rompak kedai telefon ini bukan kali pertama. Mungkin sekarang trend nak rompak bank dan kedai emas tengah panas sekarang. So mungkin target mereka pada kedai-kedai yang kurang pelanggan dengan barang jualanya mahal-mahal. Samsung Phone saja pasti berharga RM500 keatas. Takpe walaupun kurang lumayan, mungkin bagi mereka sudah cukup untuk sara hidup sebulan.



Quote:
Johor Bahru: Seorang lelaki yang memakai baju hujan berwarna biru dan bertopi keledar mengacukan sepucuk pistol dipercayai pistol mainan ke aras seorang pekerja premis telekomunikasi sebelum melarikan telefon bimbit pelbagai jenama bernilai lebih RM10,000 dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kurang tiga minit kira-kira jam 5 petang itu, penjenayah terbabit menyamar pelanggan ketika memasuki premis berkenaan.

Perbuatan suspek dalam lingkungan 30-an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis, sebelum tersebar menerusi laman sosial Facebook hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ia menunjukkan dalam tempoh kira-kira tiga minit, suspek melarikan kira-kira 20 telefon bimbit dengan memasukkan semua hasil rompakan itu ke dalam beg plastik.

Terdahulu, lelaki terbabit melihat seorang pekerja wanita berusia 20-an berseorangan sebelum berpura-pura meninjau di beberapa ruang pameran premis itu sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.

Sumber dari: Metro