Memang dah jadi budaya di Yaman bila time kenduri atau majlis-majlis ada joget lambak pasti diorang akan membawa senjata api. Itu la yang ...

Video 3 maut menari tarian GunDead Style


Memang dah jadi budaya di Yaman bila time kenduri atau majlis-majlis ada joget lambak pasti diorang akan membawa senjata api. Itu la yang menjadi masalah kat negara nie..senjata api gila open..sesape bleh bawak kehulu kehilir...
Suatu ketika dahulu aku pernah bekerja di Yaman dan aku sendiri pada mulanya amat terperanjat melihat penduduk disana boleh membawa senjata api kemana jua. Kalau di bandar Sanaa tu bersepah hampir kesemuanya membawa senjata api. Bukan calang-calang senjata..Mortar yang dah dimuatkan dengan peluru pun diorang bleh bawak..tinggal nak lancarkan jer..

Quote:
Aden: Satu majlis perkahwinan di Yaman bertukar tragedi apabila seorang tetamu lelaki yang menari dengan meniru gaya penyanyi Gangnam Style sambil memegang menggunakan raifal AK-47 secara tidak sengaja menembak mati sekurang-kurangnya tiga orang selepas gagal mengawalnya semalam.

Rakaman kejadian ngeri itu menunjukkan sekumpulan tetamu mempersembahkan gerakan tarian dipopularkan bintang pop Korea Selatan, Psy dalam majlis itu.

Antara mereka ialah seorang lelaki yang menghayun raifalnya ke udara ketika dia menari dengan diperhatikan beberapa tetamu lain.

Selepas seketika, kedengaran bunyi letupan dan lelaki terbabit dilihat melepaskan beberapa das tembakan ke udara satu perbuatan yang biasa dilakukan penduduk Arab untuk meraikan majlis perkahwinan.


Rakaman video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan tiga lelaki yang berlumuran darah tiba-tiba rebah ke lantai. Seorang mangsa lagi menggelupur kesakitan ketika tetamu lain mula menjerit ketakutan.

Sejurus kemudian, beberapa lelaki dilihat mengheret mayat mangsa ke tepi.

Tidak diketahui sama ada lelaki yang membawa senjata itu ditahan atau sebaliknya selepas itu.

Walaupun membawa senjata ke majlis perkahwinan dilarang di Yaman, bunyi tembakan dalam majlis seumpamanya sudah menjadi amalan lazim di negara itu.
Sumber dari: Metro