Kesian orang kampung kena tipu bulat-bulat. Nasi sudah menjadi bubur. Keputusan makamah tiada siapa yang berani lawan even polis yang he...

Tahniah Kampung Hakka Mantin Berjaya Dirobohkan

Kesian orang kampung kena tipu bulat-bulat. Nasi sudah menjadi bubur. Keputusan makamah tiada siapa yang berani lawan even polis yang hebat-hebat pun terpaksa akur dengan undang-undang kerana mereka semua cari makan.
Korang nak sangat pembangunan dan kemajuan kan..nak bangunan baru kan..ape lagi roboh laaa bangunan yang dah uzur dan lama..penduduk yang lama dihambat dari kediaman mereka dan lepas ini tidak berbumbunglah mereka hidup. Perikemanusian? perikemanusiaan mudah dibeli dengan wang ringgit hingga orang yang hebat-hebat pun terpaksa duduk diam-diam tidak datang membantu.





Quote:
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.

Pertikaian antara penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan seluas kira-kira 15 hektar bagi memberi laluan kepada pihak pemaju Mega Nine bagi tujuan pembangunan komersil.

Dalam operasi semalam tiga rumah setinggan dan sebuah dewan Persatuan Murid Tua Sekolah Chi Chi, dekat situ dirobohkan.

Salah seorang penduduk, Reena Sir Mohd, 32, berkata, Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya dihalau daripada rumah sendiri, apatah lagi hanya mampu melihat kediaman berkenaan rebah menyembah bumi.

“Kami sekeluarga tidak menyangka akan ditimpa nasib sebegini rupa memandangkan sudah menetap di Kampung Hakka sejak 45 tahun lalu tanpa sebarang masalah. Justeru, tiada apa lagi dapat kami lakukan selain berserah sepenuhnya pada ALLAH.

“Buat masa ini, kami bercadang untuk menyewa khemah bagi menempatkan segala kelengkapan rumah, selain turut menjadi tempat berteduh,” katanya.

Seorang lagi, Kamal Mohd Zain, 29, pula kesal kerana ditawarkan dengan pampasan yang tidak setimpal oleh pihak pemaju jika dibanding dengan jumlah kerugian yang mereka alami.

“Kami akur dengan perintah dikeluarkan mahkamah namun sukar untuk kami beri kerjasama memandangkan pampasan diberikan terlalu sedikit. Kejadian sebegini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri campur tangan.

“Sebenarnya, perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya pemaju mahu berunding dengan penduduk. Kami pasti sudah berpindah sejak awal-awal lagi jika diberikan penempatan baharu sebagai ganti, tidak kiralah apa jenis kediaman sekalipun,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amin Sir Mohd, 31, berkata, peristiwa itu tidak akan dilupakan seumur hidupnya kerana rumahnya dirobohkan sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

“Nampaknya, inilah kali terakhir saya menyambut ulang tahun kelahiran di rumah ini. Tidak tahulah, ke mana saya dan keluarga akan membawa diri selepas ini,” katanya.
Sumber dari: Sinar