Ribut taufan yang melanda baru-baru ini di muka bumi Filipina telah banyak memberi kemusnahan yang dasyat. Dikatakan 10,000 orang terbunu...

Super Typhoon Haiyan in Philippines


Ribut taufan yang melanda baru-baru ini di muka bumi Filipina telah banyak memberi kemusnahan yang dasyat.
Dikatakan 10,000 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dalam ribut taufan itu dan rumah yang berada di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan pantai musnah kesemuanya.
Mangsa-mangsa bencana alam ini sungguh menderita dengan terputusnya bekalan makanan dan minuman. Mayat-mayat bergelimpangan dibiarkan terbaring begitu sahaja tidak diambil peduli kerana mereka semua dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup masing..10 ribu beb..bukannya 10 orang yang mati.
Selepas ini mungkin wabak penyakit pula akan melanda.
Ramai mangsa yang terdesak terpaksa melakukan jenayah memecah masuk ke kedai-kedai untuk mendapatkan sumber makan. Jika mangsa-mangsa ini tidak dibekalkan bantuan makanan yang mencukupi pasti akan ramai yang mati kebuluran.

Dalam Keadaan Malaysia yang masih aman, sejauh mana ia akan dilindungi tuhan?
Semoga bala bencana ini dapat di jauh dengan kehendakNya...Wallahu a'lam





Versi Video