Kecoh di FB tentang 23 remaja telah hilang selepas memasuki sebuah Villa. Orang Johor pasti sudah masak dengan kisah Villa Nabila nie. D...

Kisah Seram Remaja masuk Villa Nabila berpuaka 23 orang hilang 7 selamat?

Kecoh di FB tentang 23 remaja telah hilang selepas memasuki sebuah Villa. Orang Johor pasti sudah masak dengan kisah Villa Nabila nie. Di laporkan di FB anggota pencari mangsa-mangsa yang hilang telah dilaksanakan oleh Bomba dan Polis. Gambar-gambar telah di kongsikan di FB dan macam-macam komen telah tertulis berkaitan kisah misteri Villa tersebut
Bagi aku berita kehilangan ini mungkin ada kaitan nak lawan cerita-cerite seram seiring dengan cerite Highland Tower yang telah ditayangkan di pawagam mahupun di media cetak rompak.

Dan berite kehilangan 23 orang itu adalah berita palsu yang telah di gemparkan di FB dan telah disangkal oleh pihak media Kosmo. Kenapa diorang nie buat berita palsu? aku pun tak tahu kenapa tapi yang pastinya seorang saja yang telah dilaporkan hilang oleh pihak berkuasa.

Macam mana boleh hilang pulak yer? Korang percaya ke benda mistik nie? kenapa nak cari benda-benda mistik nie.? Ke masjid atau tempat ibadah malas sangat ..pastu sanggup ko nak masuk tempat setan tu sape suruh...ape dah takder kerja lain ke nak buat time cuti sekolah ni? Menyusahkan orang betul.








Quote:
JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.

"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

"Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya.

Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi. - KOSMO!

Sumber dari: Kosmo



Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila

Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

Sumber: Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila 18 November 2013 | melvister.com 

Bermacam-macam versi yang tidak pasti kebenarannya cerita-cerita Villa Nabila nie.
Nie aku bagi kat korang baca versi-verinya siap telah ditambah pelbagai perisa lagi:


 

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
  

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

 
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

 
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
 


Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

 


Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.