Perghhh..sebelum ini air percuma..sekarang..gilalah selangor nak bagi tambang bas percuma pada rakyat. Tak muflis ke nanti? Tak membazi...

Kerajaan Selangor buat gila lagi, Tambang Bas Percuma untuk Rakyat

 Perghhh..sebelum ini air percuma..sekarang..gilalah selangor nak bagi tambang bas percuma pada rakyat. Tak muflis ke nanti? Tak membazirkah nanti duit kerajaan negeri selangor?
Itu semua mesti cara pemikiran yang MACAI yang suka nak membayar.Jenis spesis macai nie selalunya suka harga minyak naik..harga barang naik..harga rumah naik..harga tol naik..pendidikan tak mahu percuma..kereta nak beli biar harganya mahal....suka negara berhutang..

Baguslah naik bas percuma..agak-agak korang kat area Shah Alam berapa ramai yang menggunakan bas nie..rata-rata pelajar jer yang selalu guna..itu pun dah ramai pelajar bawak kenderaan masing-masing sebab mak bapak mampu belikan. Tak salah kerajaan Selangor nak meringankan beban rakyat untuk lebih berjimat. Yerlakan sekarang inikan banyak tekanan dari pelbagai kenaikan harga. At least tambang bas tu bleh la disimpan untuk kegunaan lain. 

Inilah dikatakan imbangan perbelanjaan, bukannya asik nak naikkan harga jer tapi taknak kurangkan benda-benda yang lain.

Quote:
Bas percuma: Rakyat diutamakan, warga asing kena bayar
Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 24 NOV : Kerajaan negeri disaran mengenakan bayaran kepada warga asing bagi perkhidmatan bas awam percuma yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata langkah itu harus dilaksana bagi mengelakkan bas awam percuma disalah guna warga asing.

Ng_Sue_Lim_01Katanya, kutipan bayaran ke atas warga asing itu juga boleh digunakan bagi tujuan penyelenggaraan bas berkenaan dan adil kepada rakyat tempatan.

“Warga asing perlu dikenakan bayaran demi mempertahankan hak rakyat tempatan dan pada masa sama, tambang itu dapat digunakan untuk tujuan penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Suee Lim berkata, walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa perkhidmatan bas awam percuma memberikan kelebihan kepada warga asing, inisiatif itu perlu juga dilaksanakan untuk rakyat tempatan sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab, Selangor tetap akan menjaga kebajikan rakyat tidak kira jumlah yang menggunakan bas ramai atau tidak,” katanya.

shuhaimi shafieSementara itu, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji langkah bagi menetapkan beberapa peraturan dalam perkhidmatan bas awam percuma kepada warga asing demi keselesaan rakyat tempatan.

“Mungkin mereka boleh dikenakan syarat tertentu dan tidak salah jika diberikan percuma kerana warga asing itu juga pembayar cukai.

“Kita perlu sedar tidak semua tempat mempunyai ramai warga asing. Jadi perkara itu perlu diimbangi dan tidak boleh menyingkirkan mereka kerana golongan ini juga penyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju menyediakan perkhidmatan bas awam percuma dan pelaksanaan perkhidmatan itu akan diperluaskan ke kawasan luar serta pinggiran bandar jika permintaan meningkat di lokasi berkenaan.
Sumber dari: Selangorkini