Yang ini cerita dari versi rakyat kelantan sendiri yang bertandang ke restoran yang dikatakan mahal sangat tu hingga caj mencecah RM 6000...

Penjelasan Isu Sarapan Pagi yang mahal sampai RM6000 di Kelantan

Yang ini cerita dari versi rakyat kelantan sendiri yang bertandang ke restoran yang dikatakan mahal sangat tu hingga caj mencecah RM 6000.. Betul atau Tidak aku tak tahulah tapi ini hanya pendapat aku saja
VVIP yang datang sarapan tu ialah Dato' Mukhris Mahathir, patutlah mahal dicajnya sebab ramai pengikutnya yang datang tumpang sarapan percuma. Bagi aku Dato' Mukhris tak kisah pun dengan harga tu sebab di memang kaya raya. Setakat RM6000 tu kalau kaya level seperti Dato' Mukhriz tara hal lah..celah gigi jer bagi dia seperti RM6 jer..
Kereta termahal pun dia boleh beli..ini kan pula sarapan RM6000.

Memanglah harga dicajnya sampai RM6000 kalau yang makan dan bungkus tu mencecah 600 orang. Kiraan kasarlah ambil caj RM10 satu kepala. Taknye jadi RM6000.

Sebenarnya mungkin orang yang mengetuai rombongan ini diorang lah kena sponsor segala perbelanjaan.
Lepas belanja tu si pembayar tu akan claim lah nanti. Dikatakan sudah diberi diskaun menjadi RM5,500, tapi kenapa resit ditulis RM6000. Nak claim duit lebih kah?...teknik claim nie semua orang tahulah...hahaha

Quote:
BENARKAH KEDAI NASI SELERA DAUN PISANG CAJ RM6,000.00 UNTUK SARAPAN PAGI ?

Pagi ni ambo berkesempatan singgah di Selera Daun Pisang untuk bertanya khabar dengan Abe Din dan Kak Yah . Mereka ialah tuanpunya perniagaan . 

Abg Din beritahu perkara yang berlaku tidak sama dengan yang keluar dalam akhbar. Katanya, " Tempahan untuk Majlis Sarapan Pagi Bersama Datuk Mukhriz Mahathir pada 06/10/2013 jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk 200 orang. Apa yang berlaku , ahli rombongan mulai masuk makan jam 7.30 pagi lagi. Lauk-pauk yang disediakan pada hari tu cukup untuk makan bagi 600 orang. Biasanya kita buat untuk 400 orang bagi jualan hari biasa." 

Tambah Abg Din lagi, "VVIP sampai jam 8 pg lebih... masa tu ahli rombongan yang bersama Datuk Mukhriz lebih kurang 50 orang... tetapi didalam kedai ni dah penuh dan bergilir keluar masuk makan .. lepas tu ada yang siap bungkus lagi." 

"Bila saya tanya kepada in caj rombongan pasal hal tu (bungkus bawa balikk) , dia kata ..tak pe lah.. Akhirnya sebelum jam 10.30 pagi semua lauk pauk untuk 600 orang tu dah habis, Jadinya terpaksalah kami masak tambah pula untuk jualan harian."

"Bila bayaran nak dibuat, terdapat tiga orang yang buat bayaran.. Setelah dikira semua makanan termasuk kueh (kueh pun habis) dan minuman jumlahnya RM6,000.00. Dia minta diskaun, Kak Yah beri RM500... jadi dia bayar RM5,500.00"..tambah Kak Yah.

Tambah Abg Din lagi,"Kami minta dia bayar apa yang ahli rombongan makan, bukannya kami caj lebih. Kami malu dengan tindakan mereka yang mengaibkan kami dengan cerita fitnah ini." 

Begitulah cerita dari Abg Din dan Kak Yah mengenai hal ini. 
Ambo nampok hal ni menjurus kepada nak jatuhkan imej Negeri Kelantan amnya dan nak jatuhkan maruah Abg Din dan Kak Yah khususnya. 
Ambo postkan gambar yang berkaitan.
Sumber dari: FB

Anggota penguat kuasa PDNKK turut memantau kawasan penjualan lauk di restoran terbabit yang diserbu . Jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

Dikatakan ini resit yang diterima dari restoran tersebut yang menetapkan jumlah keseluruhan tanpa mengira jumlahnya satu per satu. Agak-agak kalau naik makamah boleh menang ke kes nie?

So semuanya tergantunglah pada korang yang membaca nak menimbang mana satu berita yang benar, Aku sekadar berkongsi apa yang ada dalam kepala otak aku nie..Dan nasihat aku untuk orang luar yang makan di pantai timur berhati-hatilah...memang ada sebilangan peniaga yang cekik darah pada pendatang luar.