Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sebelum ini aku dengar ajaran tersebut ajaran sesat yang di tentang sekeras-sekerasnya. Kali ini berita mengatakan ajaran fahaman tersebut dibenarkan pulak dan tiada masalah untuk mengamalkannya.
Kalau macam tu kenapa pula semakin tersebar dan jumlah pengikutnya semakin meningkat dikalangan masyarakat Malaysia. Apa pun tepuk dada tanya Iman. Lepas ini adalah banyak surau dan masjid untuk pengikut Syiah nie.
Jamil Khir: Pengikut Syiah bebas amalkan mazhab itu
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.
Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.
"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
Jamil Khir berkata demikian mengulas mengenai laporan perjanjian "Amman Message " pada tahun 2005 yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan juga menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Othan dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.
Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiaah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.
Kenyataan Jamil Khir hari ini bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim.
Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa.
"Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir sebelum ini.
Perjanjian Amman juga mengetengahkan persamaan antara kepelbagaian fahaman mazhab Islam selain dari mengandungi isu dan kekangan dalam fatwa.
"Tidak ada siapa boleh mempersoalkan fatwa tanpa ada kelayakan yang diiktiraf dalam mengikut fahaman mazhab masing-masing. Tidak ada siapa boleh membangkitkan isu berkaitan fatwa tanya merujuk pada kaedah mazhab Islam," kata perjanjian itu lagi. – 20 Ogos, 2013.

Sumber dari: TMI