SEORANG lelaki maut ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa berhampiran stesen LRT Taman Melati, hari ini. Masih belum...

Orang Gila Mengamuk, 2 Maut di LRT Taman Melati dan LRT Gombak

SEORANG lelaki maut ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa berhampiran stesen LRT Taman Melati, hari ini.

Masih belum reda kes pengawal merompak dan membunuh pekerja ambank datang pula berita orang gila membunuh 2 orang awam. Semakin bahaya dikalangan masyarakat sekarang mungkin ada yang mengalami tekanan jiwa. Seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Orang yang tiada kena mengena pula yang menjadi mangsa.









Quote:
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. 

Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.

"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
Sumber dari: Bharian