Puteri Diana
Memang puteri ini sungguh popular semasa kehidupanya sebelum dan selepas kehidupannya bersama kerabat diraja England. Selepas penceraiannya dengan putra Charles Diana banyak menjadi VVIP untuk program-program amal seluruh Dunia.
Semasa minah nie hidup aku dengar macam-macam spekulasi anataranya nak memeluk Islam sebab nak kahwin dengan Dodi Al-Fayed.
So banyaklah berita hangat dan gosip minah nie sehinggah ramai paparazi yang di gaji untuk mengambiltahu selok belok kehidupan minah nie.
Korang cube fikir kalau driver untuk kerabat VVIP nie mestilah yang terbaik dan mempunyai pengalaman yang tinggi dalam pemanduan kereta. Kalau kemalangan pun mungkin leh jadi kemek sket. Kes Diana mati ini keretanya sampai enjin terkeluar. Teruk sangat seperti ada puak-puak yang merancang kemalangan tersebut.
Quote:

SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.
Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.
"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).
"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.
Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.
Tinggal momen
Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.
Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.
Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.
Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.
"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.
"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.
Sumber dari: Sinar