Sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi masalah rumah tangga.2-3 minggu ini saja dah macam-macam kes berlaku antaranya ada mak bapak lar...

Jurutera bakar diri depan isteri

Sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi masalah rumah tangga.2-3 minggu ini saja dah macam-macam kes berlaku antaranya ada mak bapak lari tinggalkan anak yang masih kecil., ada isteri lari dengan orang lain, suami jadi gila mengamuk bunuh bayi dan cederakan ahli keluarga dan macam-macam lagilah. Sedih aku mendengar berita-berita macam ini.
Kes yang ini pula seorang Jurutera membakar diri. Apa sebenarnya punca masalah sampai sebegitu banyak keluarga menghadapi masalah? Masalah ekonomi rumah tangga kah? masalah suami atau isteri curang kah?


Quote:
Melaka: Akibat gagal mengawal emosi berkaitan masalah rumah tangga, seorang jurutera menyiram petrol dan membakar diri di depan isterinya di rumah mereka di Taman Sutera, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, bapa kepada tiga anak berusia 40-an berkenaan mengalami kesan lecur 40 peratus pada muka dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isterinya berusia 40-an di rumah berkenaan pada jam 4 petang. “Berdasarkan maklumat diperoleh, lelaki itu pulang semula ke rumah membawa sebotol petrol dua jam kemudian.

“Dia menyiram petrol itu ke tubuhnya sebelum menyalakan pemetik api dan membakar dirinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, di sini, semalam.

Menurutnya, isteri mangsa yang bekerja sebagai kerani bergegas mengambil air lalu menyiram tubuh mangsa untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

“Wanita itu seterusnya menghubungi polis untuk tindakan lanjut dan mangsa dikejarkan ambulans ke Hospital Melaka (HM),” katanya.

Gunarajan berkata, mangsa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HM dilaporkan masih dalam keadaan tidak stabil.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan secara menyeluruh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, pasangan yang berkahwin 20 tahun lalu itu dikatakan sering bertengkar berkaitan masalah keluarga.

Harian Metro difahamkan, pasangan itu menyewa di rumah berkenaan hampir dua tahun lalu dan ketika kejadian, dua anak mereka turut berada di situ.
Sumber dari: Metro

Salah satu faktor jenayah negara meningkat adalah disebabkan cuai mak bapak dalam mentadbir keluarga. Jika keluarga menjadi tunggang langgang maka kebajikan anak-anak akan terabai. Buktinya aku sudah lihat sendiri bagaimana kawan aku sendiri telah diabaikan oleh mak bapak dan di pelihara oleh rumah anak yatim. Mungkin dia merasakan dirinya kekurangan tidak seperti rakan-rakan yang lain telah menjadikan dirinya terdesak menjadi seorang pencuri. Aku pun tak tahu dimana kawan aku itu berada sekarang. Mungkin kini dia sedang menikmati kehidupan di hotel besi.

Generasi akan datang yang sangat diperlukan untuk membantu negara. Jika anak itu di ajar dan di didik dengan penuh kasih sayang dan dipenuhi dengan ilmu agama, mungkin akan menjadi seorang yang berjaya kelak tanpa menyusahkan orang lain.Maka golongan berjaya ini mungkin akan bergaji besar yang diperlukan untuk membayar cukai-cukai yang tinggi.

Jika negara banyak menghasilkan ramai yang rosak akhidah, keruntuhan akhlak,penjenayah dan sebagainya maka hancurlah kekuatan ekonominya suatu hari nanti. Kesan rantaian ini berterusan menghasilkan keluarga yang lebih bermasalah meningkat dan akan berterusan hingga tiada kesudahan.