TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha. Mungkin ada sebab si bekas suaminya marah ...

Gadis 21 jadi janda diceraikan talak 3 selepas 3 Jam akad Nikah.

TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.

Mungkin ada sebab si bekas suaminya marah secara tiba-tiba selepas 3 jam akad nikah. Mungkin ada rahsia besar yang terbongkar sehingga tidak dapat mengawal marah si bekas suaminya. Mana tahu si suami telah diberitahu sesuatu oleh rakan-rakannya.
Kes cerai telah meningkat dan meningkat lagi dari tahun ke tahun. Kalau di pejabat agama korang boleh lihat sendiri kaunter cerai penuh dan sibuk dari kaunter akad nikah. Banyak faktor yang kita tahu dan ada yang kita tidak tahu mengapa golongan ini bercerai.


Quote:
BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.

“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

Sumber dari: Kosmo