Hasan Malek sambil diiringi Ameer Ali Mydin ((dua dari kiri) menunjukkan beras 1Malaysia selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pa...

Bersedia terima berita kenaikan barang, penurunan subsidi pada bentangan budjet 2014 25 Oktober ini

Hasan Malek sambil diiringi Ameer Ali Mydin ((dua dari kiri) menunjukkan beras 1Malaysia selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pandan Mewah, Selangor, semalam.

Masakan tiada angin pokok bergoyang. haa..dah nampak dah tanda-tanda dah dalam berita..macam dapat tip-tip soalan bocor untuk peperiksaan. 
Ini lah kesannya akibat kenaikan harga minyak yang melampau sehingga memberi kesan rantaian kepada harga-harga yang lain.


Quote:
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa kenaikan dan penurunan subsidi pelbagai barangan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, walaupun pengumuman tersebut mungkin dianggap tidak 'popular', namun keputusan itu dibuat bagi tujuan pengukuhan ekonomi negara.

''Saya berharap rakyat bersedia dan faham dengan pengumuman yang akan dibuat. Kita tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat yang pentadbirannya lumpuh akibat krisis ekonomi.

''Apa pun keputusannya, ia dibuat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak seperti pengguna sendiri dan komuniti perniagaan melalui majlis dialog penyediaan Bajet 2014," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Pandan Mewah, Ampang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman; Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Selangor, Azizan Ariffin dan Pengarah Urusan MRT Retail Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ameer Ali Mydin.

Dalam pada itu, Hasan berkata, buat masa ini terdapat sebanyak 397 produk di bawah jenama '1Malaysia Kedai Rakyat' (1MKR) dijual di 102 buah KR1M di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya, 360 adalah produk makanan manakala selebihnya merupakan lain-lain produk.

''Bagi mempelbagaikan pilihan barangan, KR1M akan turut menjual produk Coop 1Malaysia dan AgroMas keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dalam waktu terdekat.

''Kerajaan memberi jaminan bahawa semua produk telah memperolehi sijil makanan selamat tanggungjawab industri daripada Kementerian Kesihatan dan produk-produk ini akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa,'' ujarnya.
Sumber dari: Utusan

Minyak Malaysia dari Tapis Blend adalah gred minyak yang berkualiti dan mahal harganya berbanding minyak dari luar. Maka bijaknya kerajaan Malaysia menjual minyak yang penuh berkualiti ini dengan harga yang mahal kepada negara-negara lain untuk membeli minyak mentah yang lebih murah dan lebih kuantitinya. 
 Tapi akibat harga pasaran minyak dunia yang melambung tinggi maka tiada jalan lain untuk menaikkan harga jualan minyak di Malaysia. 
Ya betul harga minyak tidak memberi kesan kepada rakyat misikin di Malaysia sebab mereka tidak banyak menggunakan kenderaan. 
Tapi bagaimana pula dengan harga barang keperluan? Orang miskin di Malaysia tidak makan nasikah? Goreng ikan tidak guna minyak masak kah?

Subsidi merupakan petanda naik atau turunya ekonomi negara. Jika anda bekerja dengan kerajaan mahupun swasta sudah tentu ada pelbagai bonus akan diterima. Jika tidak memberikan keuntungan pada jabatan/ syarikat  maka kuranglah bonus yang akan diberi. Samalah seperti subsidi dimana jika ekonomi negara tidak memberi impak yang memberi keuntungan maka kuranglah bonus kepada rakyat. 

Bagaimana ekonomi negara merundum? Korang tanyalah sendiri pada kerajaan yang memerintah yang diperintah oleh golongan yang bijak pandai menguruskan duit rakyat.