Sudah-sudahlah tu audit..takkan hal bonus pun ko nak pertikaikan..yang lepas tu biarlah berlalu. Diam-diam sudah la..

Audit melaporkan kerugian yang besar tapi staff masih diberi bonus.

Sudah-sudahlah tu audit..takkan hal bonus pun ko nak pertikaikan..yang lepas tu biarlah berlalu. Diam-diam sudah la..

Audit kena faham bonus tu dah jadi adat dalam kerja kerajaan...cuba audit fikir tahun bila kerajaan tidak memberikan bonus apa-apa kepada staf. Tiap-tiap tahun staff dapat dan itu sudah menjadi suatu tradisi tahunan dan budaya kerja. Kalau syarikat swasta takpe lah..sebab tidak mendapat bantuan dari hasil cukai rakyat..kalau tak untung pastu syarikat tak perform..silap-silap boleh lingkup..VSS terus.
Kalau kerajaan tidak apa pun..rakyat sudi membantu dan meningkatkan prestasi kepada pemerintah negara.

Quote:
Seperti juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang lain, Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) masih menerima bonus sehingga dua bulan gaji walau mengalami kerugian.

PRASARANA yang mengalami pertambahan kerugian dari RM367.12 juta pada 2009 kepada RM763.94 juta pada 2011, membayar bonus sebanyak sebulan setengah hingga dua bulan gaji pada kakitangannya.

Ia merupakan salah satu daripada 20 syarikat berkaitan kerajaan yang didapati merekod kerugian untuk tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, menurut laporan Ketua Audit Negara 2012.

Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Cyberview Sdn Bhd dan Mimos Bhd turut membayar bonus kepada kakitangannya di antara setengah bulan hinggfa tiga bulan gaji.

Amanah Raya Bhd, sebaliknya, membayar imbuhan sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangannya.

Kesemua syarikat tersebut mengalami kerugian antara RM4.6 juta hingga RM763.94 juta pada 2011.

KTMB, Jambatan Kedua dan IWK mengalami kerugian untuk tiga tahun berturut-turut.

KTMB yang sering mencatat kerugian, bahagaimanapun memperbaiki rekod dengan mengurangkan jumlah itu dari RM372.01 juta pada 2010 kepada RM103.66 juta pada 2011.

Menurut Kementeri Kewangan, bonus tersebut dibayar walau syarikat tersebut mencatat kerugian memandangkan syarikat berkenaan mencapai indeks prestasi utama masing-masing.

Selain itu, kebanyakan syarikat itu juga dibentuk untuk memenuhi tuntutan sosial bagi membantu pembangunan dan bukannya demi keuntungan.
Sumber dari: Mkini