Hahaha.. ini berita panas nie yang baru aku baca..berita yang sensasi lagi panas nak mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia dari isu kenaikan harga minyak dan barang2 lain.
Bagus jugak terbukak cerite2 mcm nie...biar semua orang tahu betapa banyak kelemahan dalam pengurusan wang rakyat oleh kerajaan (jika benar hospital kerajaan).
Duit di bayar pada pembekal tapi barang takda..teknik tipu menipu dah lama laa wujud..korang yang buat penguatkuasaan tu tak berapa teliti buat keje. Anak buah diabaikan buat keje sendiri, bos kat atas sibuk sana sini atau goyang kaki?
SHAH ALAM - Penangkapan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital utama negara ini dan pemilik syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar penyelewengan pembelian ubat-ubatan bernilai hampir RM6 juta.
Penyelewengan yang berlaku sejak 2011 itu dijalankan secara licik oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan yang bertanggungjawab mengesahkan penerimaan bekalan ubat-ubatan di hospital itu.
Sumber utama Sinar Harian, memaklumkan kegiatan itu berjaya dikesan setelah siasatan mendapati pegawai perubatan itu hidup mewah dan tidak setanding dengan gaji yang diterima.
Manakala pemilik syarikat berkenaan adalah bekas kakitangan kerajaan yang dipercayaikan memberikan lebih 60 peratus daripada nilai RM6 juta kepada pegawai hospital terbabit untuk mengesahkan penerimaan bekalan ubat kepada hospital.
Kedua-dua mereka ditahan di sekitar ibu kota awal minggu ini.
Modus operandi kegiatan ini adalah dengan menghantar sebut harga pembekalan ubat kepada hospital berkenaan terlebih dahulu.
Setelah kelulusan pembekalan diterima, pemilik syarikat seolah-olah melakukan prosedur biasa tetapi ubat-ubat berkenaan tidak wujud.
Hanya pengesahan penerimaan dibuat tanpa menerima ubat-ubatan sepatutnya serta pembayaran diluluskan.
Menurut sumber lagi, pihak SPRM sedang menyiasat bagaimana pengesahan penerimaan ubat-ubat tersebut dibuat sedangkan ubat itu tidak wujud.
"Siasatan juga menjurus kepada penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan bagaimana pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber dari: Sinar
Aku nak cite sikit teori aku dalam menjayakan modus operandi ini..
Kerja2 macam nih nak kena ada geng..nak kena ada team work..baru la boleh merompak..nak rompak mesin ATM pun kena ada team work..nak rompak jutawan dan bunuh pun kena ada team work.. Cerite Ocean 11..12..13 pun sumer teamwork kalau nak berjaya..yang paling penting ialah planning..planning kena betul dan tepat..
Key person dalam operasi ini adalah orang yang bertangungjawab untuk menjaga bekalan. Kemudian apabila bekalan kurang sedikit proses nak top up bekalan berjalan. Ape lagi kawtim laa ngan rakat setugas nak bagi2 berape.
Selalunya nak order akan minta bekalan tu lebih..Katakan mintak 10pax dari pembekal dan regenya mungkin RM1000 pada sebut harge.

Pegawai: Hello tawkey! ..ini ubat sudah mahu habis laa..mau top up..
Pembekal: U mau brapa bos?
Pegawai: Tawkey quote 10pax ..nanti hantar 5pax saja..sampai nnt saya kasi sign 10pax..
Pembekal: Apa pasal 5pax saja? Cukup kaaa? itu balance lagi 5pax siapa mau amik..
Pegawai: Itu 5pax tawkey ambil balik laa beli dengan saya.. saya bagi 50% discount..tawkey simpan ini stock nnt next time kita pusing lagi sama macam ni..
Pembekal: OOooo..kalau macam tu i pun untung jugak ini mcm..boleh jual kat farmasi compeny ...hehehee
Nampak tak? dari situ pegawai sudah untung RM250 sebab bagi separuh harga pada Pembekal. Dalam urusniaga ini dua2 untung antara satu sama lain.
Pegawai dapat duit atas angin dan mungkin akan diagihkan kepada geng2 sepejabat yang lain. Manakala pembekal dapat beli bekalan tu balik dengan kos separuh harga dan akan dapat untung jual dengan harga pasaran...mcm tukaran asing..beli murah jual mahal..tul tak?
Itu baru RM1000...kalau urusniaga jutaan ringgit mcm mana..
Mungkin pegawai yang diamanahkan bertugas dengan jawatan tersebut terlalu lama. Perut pun semakin boroi kekenyangan. Dapat periuk besar boleh masak nasi banyak2..pastu kerak pun besar..bila kerak dah besar nak kena cari lebih. Pastu tamak main juta2...ape lagi kantoi la..
Ni aku nak bagi tau korang semua..bukan hospital jer leh buat mcm nie..mana2 jabatan2 lain dalam negara nih yang jaga jawatan seperti di atas boleh buat teknik2 nih...kat sekolah boleh..kem tentera boleh..kem PLKN pun boleh...asal ada pembeli dan pembekal...semua boleh pusing macam2 cara.
So..ini semua teori saja....jangan percaya sangat..tapi tak mustahilkan..hehehe..kalau korang percaya kasi angguk itu kapla..
Bukan ape..yang ruginya disini adalah pada mereka yang memberi sumber kewangan untuk membeli ubat tersebut untuk keperluan bersama.