Perghh..biar betul air percuma lagi 10 tahun? Ini satu berita baik. Untung dan bertuahlah kepada rakyat yang menerima air percuma selam...

Rakyat menerima bekalan air percuma untuk 10 tahun dari kerajaan


Perghh..biar betul air percuma lagi 10 tahun? Ini satu berita baik. Untung dan bertuahlah kepada rakyat yang menerima air percuma selama 10 tahun tu. Tak muflis ke kerajaan nanti? Rugilah nanti kerajaan? Inilah namanya bantuan ikhlas, bantuan yang tidak mengenakan apa-apa syarat pun.

Setiap rumah akan memperolehi 20 meter padu air secara percuma dari kerajaan yang memerintah. Tidak kiralah susah atau senang, masing-masing dapat merasa pemberian ini.
Quote:
SUBANG JAYA 23 SEPT : Pemberian subsidi air percuma 20 meter padu akan diteruskan lagi sehingga tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian itu akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air Selangor berjaya diselesaikan.

“Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya dihujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dalam ucapan perasmian di Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.

Abdul Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

“Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.

“Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik,” katanya.
Sumber dari: Selangorku

Mari sini aku terangkan apa itu bantuan yang ikhlas dan sama-sama bandingkan antara bantuan elektrik dengan bantuan air

Bil Elektrik
Bil Air
Diuruskan oleh Kerajaan Malaysia
Diuruskan oleh Kerajaan negeri
Pembiayaan bantuan bersyarat
Pembiayaan bantuan tiada syarat
Rakyat dapat elektrik percuma  jika bil dibawah RM20
Rakyat setiap bulan menerima 20meter padu air = RM6
Sasaran pada golongan miskin atau rumah yang tidak berpenghuni
Sasaran kepada seluruh rakyat Selangor tidak kira golongan miskin dan kaya
Kempen mengajar rakyat susah payah  berjimat. Baru dapat percuma.
Tidak perlu susah payah berjimat, gerenti memang dapat setiap bulan.

So sekarang mana satu yang ikhlas untuk membantu rakyat?
Kalau kita nak buat sedekah janganlah kita berkira-kira