Rakaman CCTV menunjukkan dua pegawai kesihatan memasukkan jentik-jentik ketika membuat pemeriksaan di sebuah bengkel kereta di Bahau. I...

Rakaman CCTV pegawai kerajaan sabotaj bengkel kereta demi duit rasuah

Rakaman CCTV menunjukkan dua pegawai kesihatan memasukkan jentik-jentik ketika membuat pemeriksaan di sebuah bengkel kereta di Bahau.

Ini kerja yang tersangat keji. Senyap-senyap letak jentik-jentik dalam takungan air lepastu kasi saman pada pemilik permis. Kalau taknak kena saman kena kasi duit kopi 50 ringgit tutup cerita. Orang macam ini akalnya tidak cerdik. Agama tidak mengajar perbuatan sebegini. Buat malu kaum jerrr..

Releks...releks...jangan marah-marah tak tentu pasal. Bertenang dan fikir secara rasional kenapa 2 pegawai ini boleh melakukan perkara sebegini.
Adakah mereka berdua ini bergaji kecil? duit tak cukup? Sebab apa pulak tak cukup? bukankah kakitangan kerajaan diberi pelbagai elaun dan kemudahan. Terutamanya kaum melayu, mereka semua bersungguh-sungguh mengisi borang SPA mengharapkan kerja kerajaan. Aku pun dulu usaha jugak mahu kerja dan berkhidmat dalam sektor kerajaan. Tapi malangnya rezeki tidak menyebelahi.

Quote:
Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan. 

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol. 

Muat naik di YouTube

Rakaman dimuat naik di laman YouTube dengan tajuk Malaysia True Ugly Health Officials factory for mosquitoes in check caught in CCTV, menunjukkan seorang wanita memakai jaket memasukkan sesuatu ke dalam tangki air di bengkel itu sebelum dia dan rakan lelakinya membuat pemeriksaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai.

“Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya.
Sumber dari: BeritaHarian

Bagi aku faktor ekonomi yang mendesak golongan yang berpendapatan yang cukup-cukup makan untuk sebulan. Kos sara hidup untuk sebuah keluarga kian meningkat.

Tapi kita jangan fikir nak menyalahkan golongan yang mentadbir negara. Rata-rata golongan kerajaan banyak diberikan ruang kemudahan elaun,skim pencen dan pinjaman. Bank-bank boleh memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan dengan kadar bunga yang rendah.
Dengan kemudahan ini lah ada diantara mereka lupa akan kekuatan kewangan masing-masing. Nak beli rumah nak kena ikut standart. Tak main la rumah teres setingkat. Nak beli kereta kena ada gaya masing-masing..ape barang kereta second hand..ape barang kancil.. malu la aku nak bawak pegi keje sebab ramai kawan pakai kereta besar.

Haaa.. di situ lah mentaliti masyarakat kita. Bila sudah terdesak sanggup buat kerja terkutuk dan kotor.
Mereka lupa akan pepatah lama " berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"

Ini baru dua orang pegawai, yang lain-lain bagaimana?