Kotor..kotor..kotor.. Dari manalah mereka belajar ilmu-ilmu yang kotor nie..perkara ini sudah dikotori sejak dari dulu lagi. Kekotor...

Pelajar menipu demi seks


Kotor..kotor..kotor..
Dari manalah mereka belajar ilmu-ilmu yang kotor nie..perkara ini sudah dikotori sejak dari dulu lagi. Kekotoran ini berlaku disebabkan sikap tidak ambil peduli pada pelajar tersebut. Mak bapak main kotor manjakan anak sangat, percaya sangat cakap anak dan kurang pengawasan.
Sepatutnya mak pelajar tersebut selidik betul-betul. Zaman sekarang dah ramai sangat budak-budak panjang akalnya bercakap bohong.Ade ke patut mak ayam main lepas anak ayam ke reban lain?.Memang tak sayang anak ke? main lepas macam tu jer..?


Quote:
Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal
mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.
Sumber dari: Sinar

Guru pun satu hal, kalau dah tahu pelajar tu ponteng mengapa tidak bertanya pada orang tuanya? Sepatutnya semua kena bertindak bersama antara guru dengan mak bapak dalam menangani masalah ini. Kalau seorang pelajar itu tidak hadir sepatutnya guru wajib menghubungi orang tua pelajar untuk mengetahui status pelajar tersebut.Tanyalah kenapa tidak datang ke sekolah..? sakit ke?

Fenomena ini menunjukkan budak-budak kecil yang masih umur hijaunya sudah semakin matang. Mungkin budak-budak terpengaruh dari sesuatu apa yang mereka lihat dan cenderung kepada sifat ingin tahu dan ingin mencuba. Bila dan cuba dan rasa, jadi ke arah ketagih pulak.
Dari manakah mereka belajar? Dari TV kah? Dari Internetkah? 3GP kah? Smart phone?
Mungkinkah kesan buruk dari kemajuan teknologi jika tidak digunakan sebaiknya?

Apa-apa pun didikan agama itu sangat penting. Kalau mak bapak kurang didikan agam maka generasi anak-anak mereka lebih teruk terpesong jauh. Di dunia ini ada orang yang baik dan ada yang buruk. Tetapi orang yang baik amat mudah untuk menjadi yang buruk. Manakala orang yang buruk amat sukar untuk di ubah ke arah kebaikkan.

Maka sama-samalah kita membantu anatara satu sama lain. Kalau ada pelajar sekolah yang korang terlihat  berkeliaran diluar waktu sekolah, ada baiknya korang bertindak dan atasinya dengan bijaksana.