Aksi pasangan kekasih ketika diserbu anggota polis yang dirakamkan penduduk Sepatutnya pembinaan pentas ni, ade tak di kaji dari segi k...

Pasangan bermadu kasih di tempat awam di tangkap

Aksi pasangan kekasih ketika diserbu anggota polis yang dirakamkan penduduk

Sepatutnya pembinaan pentas ni, ade tak di kaji dari segi keperluannya? Mengapa bangunan ini didirikan? Hari2 ade orang gila nak buat pementasan ke? pementasan seks sundal menyundal adalah.
Quote:
KUALA PILAH – Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini, dijadikan 'port' pasangan remaja melakukan aktiviti kurang sopan.

Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh mengundang gejala tidak sihat.

Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk kegiatan tidak bermoral.

"Pasangan itu diperiksa dan diberikan nasihat sebelum anggota bertugas meminta mereka beredar dari tempat berkenaan," katanya di sini, semalam.

Azmi berkata, berdasarkan aduan orang ramai itu, polis juga akan mengadakan operasi bersama Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bagi memantau kawasan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pentas berkenaan memang lokasi melepak golongan remaja.

Peniaga sebuah kedai runcit, Maisuri Abd Rashid, 45, tindakan remaja melakukan maksiat di kawasan itu perlu dibendung, lebih-lebih lagi ia bersebelahan dengan perumahan Taman Pilah Perdana.

"Saya harap selepas ini pihak berkenaan dapat membuat rondaan di kawasan ini bagi mengelakkan perkara sebegini berterusan," katanya.

Bagi Mohd Qayyum Abdul Jalil, 23, pula berkata, pentas berkenaan sememangnya terlindung daripada rimbunan pokok dan agak sunyi memudahkan remaja melakukan maksiat.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata, kawasan pentas berkenaan di bawah penguasaan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).

"Bagi mengelakkan masalah ini, MDKP akan memasang lampu di kawasan itu di mana sebelum ini ia agak gelap.

"Selain itu, kami juga akan berbincang dengan pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah tersebut," katanya.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah/Jempol, Khalid Ujang pula meminta jabatan dan agensi kerajaan menganjurkan aktiviti berfaedah terutama untuk belia di sini supaya kawasan ini menjadi tumpuan ramai serta tidak lagi sunyi.
Sumber dari: Sinar

Sepatutnya mereka2 yang berkuasa harus kaji nak bina sesuatu..berapa ramai orang yang akan menggunakannya? perlu ke sangat nak di bina? Sebagai contoh Stadium..memang perlu nak menjayakan aktiviti sukan..perlawanan bola ke...lumba lari ke..sukan antara kampung2 ke..konsert pun bleh buat tau...
Haa itu lah namanya keperluan...

Kalau di bina tidak mendatang kan faedah itu namanya membazir..bukan sikit bazirnye..banyak tu..mungkin ratus ribu..mungkin jutaan ringgit sudah lesap...

Bila dah membazir disuruh pulak berjimat...oleh kerana disuruh berjimat kasihan pasangan ni..

L : Ayg..kite buat kat sini jer lah..kat hotel mahal laa...

P: Iskkk..abg nih...apsal lak tak boleh kat hotel??..selalu boleh jer..takkan nak buat kat sini...

L: Ayg kena faham...kite kena berjimat skang ni...duit untuk kite kahwin pun blum cukup lagi abg simpan dah macam2 yang naik..

P: Alaa abg...sini malulah..nanti orang nampak macam mana?

L: Takdenye org nampak..percaye lah ngan abg nih sayang..meh sini abng peluk..ayang sayang abg kan?

P: Btul nie selamat..? yer ayg sayang kat abg...Muaahhhhh..

L: Muahhhhh....(Jimat duit aku untuk hotel...boleh dibuat beli petrol)....


Ada baiknya bangunan yang jarang digunakan di upah pak guard...suruh ler jaga kawasan tuh betul2..terbukak sikit peluang pekerjaan pada mereka yang tak bekerja tu... yang ni baru maksiat..blum lagi jadi port dadah.