Gambar Hiasan Wanita zaman dahulu banyak berbeza dengan sekarang dan jarang bertindak sebegini. Mereka lebih bersopan santun lemah lemb...

Isteri pecah pintu pukul suami menyorok dalam bilik

Gambar Hiasan

Wanita zaman dahulu banyak berbeza dengan sekarang dan jarang bertindak sebegini. Mereka lebih bersopan santun lemah lembut dan penuh bertangungjawab terhadap suami dan anak-anak.
Kekuatan dan pengorabanan seorang wanita itu amat lah besar.
Mereka sanggup memasak, membasuh, membersihkan rumah, menyediakan makanan, melayan suami dan anak-anak. Tak cukup dengan itu lagi wanita zaman dahulu pandai menjahit, memasak pelbagai menu masakan,mengubah bunga, mengayam dan macam-macam lagilah diorang leh buat.

Kini sudah tidak seperti dahulu lagi, golongan perempuan sejak kecil banyak dimanjakan tak perlu membasuh, tak perlu memasak, tak perlu mengemas. Lebih-lebih lagi jika dari keluarga sudah senang lenang mempunyai orang gaji.

Pengaruh media banyak mengajar dan mendidik golongan wanita untuk melawan. Apa tidaknya di kaca TV saja boleh dilihat mereka meyalak2 melawan golongan lelaki. Anda boleh tonton sendiri dari kaca TV Cerekarama, Akasia dan macam lagi slot drama yang banyak memberi impak psikologi terhadap perilaku golongan wanita.

Quote:
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.

Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber dari: Metro

Zaman semakin berubah, golongan wanita lebih berfesyen, makeup dan materialistik. Memang tidak semua golongan wanita sebegitu, tetapi kebanyakkannya paling kurang kena ada smart phone yang canggih di tangan.

Bukan aku perjudis terhadap golongan wanita, aku bukan "stereo type" tapi hakikatnya sifat seorang wanita bergelar isteri sudah ramai yang berani melawan suami.
Bukan aku tak bagi seorang isteri tu melawan. Tapi adalah tahap-tahap tertentu. Sebagai contoh kena dera dengan si suami dan zalim pada keluarga. Cara terbaik laporkan pada pihak berkuasa dan naik makamah syariah.

Bila aku baca berita di atas memang si suami sayang sangat dengan isterinya kerana tak sampai hati untuk membalas. Dia cuba untuk mengelak dari pergaduhan dengan isterinya dan mengurungkan diri di dalam bilik. Tapi disebabkan seorang isteri yang kurang ajar dan kurang didikan agama sampai melampau mendera seorang suami sebegini.

Bukan satu kes ini saja isteri naya suami, dah berlambak sudah.