Lengannya lebih besar dari Mat Yo...sekali kalau dia hayun boleh KO pak guard tua tu nanti. Wahai bini mat yo, sememang ko menafikan ti...

Isteri Mat Yo mohon maaf

Lengannya lebih besar dari Mat Yo...sekali kalau dia hayun boleh KO pak guard tua tu nanti.

Wahai bini mat yo, sememang ko menafikan tidak muat naik video tersebut. Ketahuilah bahawa semua ini ketetapan tuhan, tuhan itu maha kuasa ingin menunjukkan sesuatu kepada hambanya.

Wahai bini mat yo, mengapa kau mencampuri urusan laki ko? Ko tu sebagai isteri kenalah bersikap lemah lembut dan duduk diam-diam dalam kereta. Kenapa laki ko tu tak back up ko dihari kejadian?

Wahai bini mat yo, sememangnya meminta maaf itu adalah perkara yang afdal dan ko tak buat salah dengan aku dan rakyat malaysia pun. Ko tiada kena mengena dengan aku sedikit pun, Maka ko patut minta maaf dengan orang yang kau caci itu..kesian Pak Guard tu...jangan lupe yek record video lepas tu bagi pihak ketiga suruh upload di youtube..hehehe...satu malaysia pulak nak tengok sejauh mana kejujuran ko tu.


Quote:
Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
Sumber dari: Bharian

Wahai bini mat yo, ketahuilah bahawasanya dari tanah engkau dijadikan dan ke tanah jua engkau dikembalikan. Ingatlah jangan sesekali engkau berdusta dengan segala penafian kerana tuhan maha mengetahui segalanya.

Wahai bini mat yo, berubahlah jika engkau berdoa kepada tuhan, jadilah lah insan yang solehah jika masih memerlukan pertolongan dariNya. Buangkanlah sifat-sifat yang keji tertanam di dalam diri ko tu. Ko gantikanlah dengan sifat-sifat murni bagi seorang muslimah dan lebih menghoramti suami.