Sekeping kadbod bertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar. Bagi aku ada tiga pihak yang salah d...

Baju dalam di pagar asrama sekolah

 Sekeping kadbod bertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar.

Bagi aku ada tiga pihak yang salah dalam cerite ni. guru pun salah, mak bapak  pun salah dan pelajar-pelajar asrama tu pun salah.

Guru sepatutnya tak patutlah nak memalukan pelajarnya kerana pakai mereka yang sensitif. Ape tidaknya malulah mereka nak mengambil baju dalam mereka yang tergantung di pagar. Semestinya si empunya pakaian tu malu nak ambil.
Sepatutnya guru lebih bijak menyediakan satu bekas "lost and found" dan kumpul pakaian tersebut dan buat satu pengumuman jika ada sesiapa hilang pakaian sila ambil di bekas tersebut.

Quote:
BAGAN SERAI - Bukan hanya baju dan seluar, malah pakaian dalam pelajar perempuan turut digantung pada pagar asrama sekolah.

Itu tindakan dilakukan pengurusan asrama sebuah sekolah agama di Kerian yang mendakwa ia sebagai hukuman dan denda terhadap pelajar yang gagal menuntut pakaian mereka.

Bapa seorang pelajar sekolah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shafie, 49, berkata, dia kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak wajar.

Menurutnya, tindakan keterlaluan dan memalukan pelajar itu diketahuinya ketika menghantar anak perempuannya pulang ke asrama Ahad lalu.

"Tindakan pihak pengurusan asrama sekolah ini sememangnya mengejutkan ibu bapa.

"Pakaian anak-anak kami digantung dan dipamerkan di pagar dan sekeping kadbod tertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar," katanya kepada Sinar Harian.

Shafie berkata, pihak pengurusan sekolah sepatutnya mempertimbangkan hukuman lain yang lebih wajar.

“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.

“Persoalannya, mengapa tidak dikenakan hukuman lebih rasional terhadap pelajar yang bersalah?.

"Saya gesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyiasat isu ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Shafie berkata, susulan insiden itu, pihaknya mengemukakan aduan bertulis kepada pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian dan JPN Perak.

Menurutnya, tujuan aduan dikemukakan bukannya untuk mempertahankan kesalahan dilakukan pelajar tetapi mahu pihak pengurusan asrama sekolah terbabit lebih rasional dalam mengenakan hukuman ke atas mereka.

Katanya, tindakan mengantungkan pakaian dalam bukan hanya memalukan pelajar perempuan sekolah itu malah menjadikan mereka trauma kerana diejek pelajar lelaki yang menetap di blok bertentangan asrama pelajar perempuan.

Dia berkata, sebelum ini anaknya dan pelajar perempuan lain pernah dikenakan hukuman lain yang disifatkannya juga tidak wajar.

“Saya mendesak pentadbiran sekolah memberi jaminan kejadian sebegini tidak berulang memandangkan tindakan menjatuhkan hukuman keterlaluan ke atas pelajar seolah-olah sudah menjadi budaya sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah itu enggan mengulas isu tersebut kerana Sinar Harian difahamkan, pihak terbabit tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran pihak JPN.
Sumber dari: Sinar

Mak bapak pulak manja sangat dengan anaknya dihukum. Kalau setakat ketuk ketampi dengan jalan itik tu bagi aku hukuman yang kecil. Tidak perlulah susah payah menghebuhkan perkara tersebut ke media. Aku dulu kena tekan tubi 100 kali lagi, lari keliling padang bola 10 kali, kena denda duduk "steng" (macam duduk atas kerusi bayangan ala cerite p.ramlee), kena sebat, kena lempang, adeh macam-macam lagi laaa.. sedih time tu..bile aku report kat orang tua aku.. diorang balas balik " amik ko..tu laa siapa suruh nakal-nakal". Memang mak bapak aku tak backup punya.
Sebab diorang tau aku masih ok dan tak patah apa-apa pun pada tubuh badan aku. Sebab mak aku guru dan bapak aku kerja di sekolah.
Hasilnya aku jadilah orang dan masih tabah mengharungi apa jua dugaan dan cabaran.

Pelajar-pelajar sekarang pulak terlebih matang. Cakap guru boleh dilawan. Sebab selalu manja dengan mak bapak, bila sampai masa duduk di asrama jadi tidak berdisiplin pulak. Sori laa adik-adik, di asrama kenalah basuh baju sendiri..sidai sendiri lepastu kalau dah kering kena ambil sendiri..tiada siapa nak bantu korang macam di rumah tu.


Kalau korang nak jadikan anak-anak korang berperangai macam nie..korang manjakanlah mereka lebih-lebih.