Briged Pertahanan Hindu dibentuk untuk pertahankan kuil. Kali ini aku nak bercerite pasal kuil yang banyak membangun di Malaysia ini...

Askar Hindu dibentuk pertahan Kuil dari diceroboh oleh polis

Briged Pertahanan Hindu dibentuk untuk pertahankan kuil.

Kali ini aku nak bercerite pasal kuil yang banyak membangun di Malaysia ini. Asalnya seperti mana semua org tahu baik kaum melayu, cina india dan lain2 sedar akan asal usul kaum masing2.
Orang india dibawa oleh penjajah British dahulu dari tanah besar India dan majoriti adalah penganut Hindu. Mereka diperlukan untuk menjadi tenaga buruh bagi pembangunan landasan keretapi, estet2 getah, kelapa sawit dah sebagainya. Korang mesti belajar sejarahkan..mesti tau punye..

Quote:
Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman hari ini mengumumkan pembentukan pasukan pertahanan bagi mempertahankan Kuil Segitiga Emas berkenaan daripada dirobohkan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak polis.

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai "Briged Pertahanan Hindu" kini jelas peguam kuil berkenaan, M. Manogaran mempunyai 200 keahlian, yang akan mempertahankan sebarang tindakan untuk meruntuhkan kuil.

"Saya nak beri amaran, polis dan DBKL, kalau datang sini dan serang kami, kami akan melawan, walaupun berlaku pertumpahan darah dan kematian," kata bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu lagi ketika sidang media di kuil berkenaan di Kuala Lumpur.

Manogaran, yang juga pemimpin DAP itu menegaskan, pihaknya kini sedang menerima penyertaan daripada anggota jawatankuasa kuil dan beberapa individu luar yang ingin menyertai pasukan pertahanan tersebut.

"Jangan cari masalah dengan kami hanya kerana kami kumpulan minoriti," tegasnya memberi amaran.

Pihaknya juga turut mengumumkan rancangan jangka panjang pihak pengurusan kuil yang bercadang membangunkan kuil berkenaan sebagai kompleks keagamaan Hindu dengan menjadikannya Kuil Taman.

"Kami telah berbincang dan bersedia untuk mendirikan bangunan empat tingkat di tapak kuil ini selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Kuil berkenaan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila pihak DBKL dan pasukan polis pada Ahad telah memecahkan sebahagian kuil didakwa berusia 101 tahun kerana sebahagian daripada tapak kuil itu menjadi milik syarikat persendirian.

Pihak pengurusan kuil bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya menegaskan tapak seluas lapan kaki persegi itu adalah milik kerajaan Persekutuan, termasuk tapak kuil.

Struktur kuil yang dibina pada tahun 1911 itu kini terletak di atas tanah rezab untuk jalan raya.

Tahun lalu kuil ini menerima notis perpindahan dari Hap Seng Land yang sedang membina bangunan 30 tingkat di tanah bersebelahan.

Menurut syarat DBKL, kebenaran menduduki (CF) hanya akan diberikan jika mereka membina laluan 8 kaki sepanjang bangunan itu.

Namun ia tidak boleh dibuat dengan adanya kuil tersebut di situ.

Walaupun dengan campur tangan pihak berkuasa tempatan, jawatankuasa kuil dan pemaju gagal mencapai kata sepakat. – 5 September, 2013.
Sumber dari: TMI

So nak dijadikan cerita, kaum2 yang behijrah ke tanah melayu pada masa tu mulalah membina tempat beribadad. Cina dengan tokongnya manakala India mendirikan kuil2 kecil di tanah2 ladang.

Sepanjang hidup aku aku banyak melihat kuil2 kecil dibina di tanah2 estet dan kemudiannya di perbesarkan. Di selangor kawasan ladang kelapa sawit dan getah boleh dilihat kuil2 hindu di tepi jalan.

Persoalan sekarang, Macha2 nie bina kuil tu atas tanah milik siapa? ada kelulusan ke tidak? ade geran tanah menamakan atas nama pemilik kaum penganut hindu...?

Benda ini semakin beralutan disebabkan ada banyak dana dan modal di salurkan untuk membangunkan kuil tersebut. Kuil semakin lama semakin meningkat usia menjadi besar. Tahun silih berganti tiada orang yang hendak pertikai atau ambil peduli status tanah pada kuil2 tersebut.

Bila sampai masa terdesak dengan pembangunan dan dah tak cukup tanah masing2 mahukan hak ke atas tanah tersebut.

Macha2 sekelian. korang kena bersedia dan kaji balik status tanah pada tempat ibadat korang tu. Sume agama mengajar moral keikhlasan. dan beribadat pun kena ikhlas jugak.. kalau korang ikhlas dalam ibadat korang tu patut ke nak buat atas tanah haram.

Yer betul zaman tok nenek tata macha ni takde sistem surat atau geran. mereka hanya guna mulut dan saksi dalam pemindahan tanah. Tapi undang2 selepas merdeka ini tetap undang2 yang kena ikut. Polis hanya mengikut perintah makamah.

Ini aku nak cerite sikit..bukan isu kuil jer..masjid dan kubur islam pun banyak kes mcm nie.. dan sebagai orang islam kena ada sifat redha. 

Kalau kes mcm ni kena gezetkan status milikan tanah ..kalau boleh terus mintak kepada menteri. Ikut procedure dan undang2. Jangan jadikan mental akal kite pendek. asik nak berperang nak menumpahkan darah.

Marilah kite bersatu padu bantu membantu memajukan negara ini demi ekonomi Malaysia yang kian merundum skang nie..

Asik naik jer..ntah bile lagi nak turunnye ...