RM 3000 untuk anak Selangor. Untung rakyat sekarang... Macam-macam mereka dapat. Air sudahlah diberikan percuma 20meter padu kepada sel...

Anak Selangor akan menerima bantuan RM3000 dari Kerajaan


RM 3000 untuk anak Selangor.
Untung rakyat sekarang... Macam-macam mereka dapat. Air sudahlah diberikan percuma 20meter padu kepada seluruh negeri, ringan sikit nak banyar bil air bulan-bulan atau tak perlu bayar langsung.

Aku salah seorang anak dari negeri selangor dan aku sendiri mempunyai rumah murah di Selangor. Paling bertuahnya aku tidak perlu membayar air bulan-bulan.

Quote:
SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri akan menaikkan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dari RM1,000 kepada RM3,000 seorang mulai tahun depan, seiring dengan Belanjawan Selangor 2014.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.
Sumber dari: Selangorku

Negeri Terengganu macam mana? Aku dengan mereka banyak minyak? Masih tak banyak untung lagi ke? Populasi penduduknya lagi ramaikah berbanding dengan negeri Selangor?