Apaaa..?? RM7 juta? ..biar betul berita nie.. takkan lah si Nedim tu boleh beli rumah macam tu..tak percayalah aku. Berapa besar gajin...

Anak Menteri mampu beli rumah mewah berharga RM 7 juta?


Apaaa..?? RM7 juta? ..biar betul berita nie.. takkan lah si Nedim tu boleh beli rumah macam tu..tak percayalah aku. Berapa besar gajinya..ahli perlimen pun tak sampai RM20k sebulan. Inikan pula hendak menanggung bulan-bulan rumah berharga RM 7juta lebih. Aku tak percaya..aku tak percaye...ini semua dusta belaka..
Rumah yang dikatakan dibeli oleh Nedim>> http://www.simedarbyproperty.com/property_view.aspx?productID=f7fe9561-f4a3-47e6-814b-72dc19fe73a5


Quote:
MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Kenyataan Umum

Tarikh: 26 September 2013

MEMOHON PENJELASAN DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi? 

Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri? 

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan




Korang percaya ke gambar-gambar diatas tu?...kalau setakat helaian kertas yang dicetak tanpa disahkan oleh mana-mana pihak , jangan lah senang-senang korang percaya.

Meh sini aku tolong kirakan berapa komitmen kalau nak bayar rumah dengan harga macam tu..


Itu aku kira baru rumah harga RM 3 juta bulan-bulan membayar RM13K lebih...so kalau rumah harga RM 7 juta, pandai-pandai lah korang kira sendiri.

Takkanlah si Nedim tu mampu seperti Sharizat Jalil, bukannya dia ada lembu. Banglow Khir Toyo pun tak sampai RM7 juta itu pun boleh kena tangkap sebab dia bekas menteri besar selangor dulu.

Inikan pula anak menteri yang kerja dengan kerajaan.
Tak baik kite menuduh tanpa bukti kukuh. Lain lah ada bukti transaksi bank ke pemaju dari akaun Nedim ke, SNP yang bertandatangan nama Nedim ke..dan segala perjanjian atas pembelian rumah mewah tersebut.

Kalau orang muda keje makan gaji mustahil boleh beli rumah yang mewah sebegitu mahal kecuali anak billionare, Anak raja, Anak raja dadah, Anak tokei senjata api , dan segala macam jenis anak.