Beberapa ekor pijat yang ditangkap Agos sebagai bukti disimpan di dalam botol. Kepada korang yang selalu naik bas tu ade perasan tak ke...

9 jam tahan gatal digigit pijat seluruh badan dalam bas ekspres

Beberapa ekor pijat yang ditangkap Agos sebagai bukti disimpan di dalam botol.

Kepada korang yang selalu naik bas tu ade perasan tak kerusi yang korang duduk tu berbau "kepam"..lebih2 lagi kusyen fabrik yang banyak membantu pijat nie membiak dalam keadaan persekitaran yang lembab.

Itulah pentingnya kebersihan ..apa2 jenis perniagaan kena laa dijalankan dengan bersih..baru la pelanggan suka. Kalau dah jadi macam nie silap2 dedah nama syarikat bas tu boleh jatuh reputasi..dah takde lagi orang berani nak naik bas tu..
Quote:
TEMERLOH – Seorang penumpang bas ekspres terpaksa menahan gatal seluruh badan selama sembilan jam apabila diserang berpuluh ekor pijat dalam bas yang dinaiki dari Alor Setar menuju ke Temerloh, 8 September lalu.

Penumpang terbabit Agos Salim Mohd Som, 32, mendakwa, akibat serangan pijat itu seluruh badannya mengalami gatal yang teruk dan bengkak pada kaki dan belakang badan.

Menurutnya, turut sama diserang serangga tersebut ialah enam lagi penumpang lain yang menaiki bas sama.

“Kejadian berlaku semasa saya bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas mengadili kejohanan mountain bike kebangsaan di Kedah.

“Saya naik bas berkenaan dari Jitra dan apabila sampai di Alor Setar, penumpang bas yang menuju ke Temerloh dan Kuantan diarah pengurusan syarikat bas itu untuk menaiki sebuah lagi bas berasingan.

“Selepas berada 10 minit dalam bas itu, saya terasa digigit di belakang badan. Pada mulanya saya ingat nyamuk, tetapi selepas beberapa kali digigit saya terpaksa menanggalkan baju dan dapati ia adalah pijat,” katanya.

Agos berkata, dia kemudian mengadu masalah itu kepada pemandu bas tersebut, namun pemandu tidak percaya sehinggalah dia menunjukkan bukti beberapa ekor pijat yang ditangkap.

“Apabila berhenti di sebuah hentian, pemandu bas itu menyembur racun serangga, tetapi keadaan tetap sama malah semakin ramai penumpang mengadu gatal seluruh badan.

“Saya terpaksa menahan rasa tidak selesa dan gatal selama sembilan jam hingga sampai ke Temerloh,” katanya.

Menurutnya, pada 10 September lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh mengenai kejadian yang menimpanya.

“Hingga hari ini saya masih gatal seluruh badan termasuk bengkak buku lali. Saya harap syarikat terbabit ambil tindakan segera dengan membunuh pijat itu supaya tidak berulang kepada penumpang lain terutama pelancong luar negara.

“Saya turut sertakan bukti, termasuk pengesahan klinik 1Malaysia dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati saya,” katanya.
Sumber dari: Sinar

Pijat adalah sejenis parasit penghisap darah...ia juga dikanali sebagai "bedbug" ..kira sama jer laa dengan kutu..bersaiz sangat kecil dan selalu ditemui di tilam,kusyen, karpet yang lama tidak dicuci atau di bersihkan.

Serangan pijat boleh menyebabkan kegatalan seperti gigitan nyamuk...juga boleh membawa penyakit radang kullit..
Bila dah kena radang kulit akan menyebabkan rasa gatal dan asyik tergaru2..

So..pijat ni serangga parasit yang bahaya kalau korang tidak jaga kebersihan. Tilam ke ..kusyen ke ..tak boleh lembap dan berbau..cara atasi kena jemur di tengah panas ..betul2 panas terik baru pijat2 ni lari..
OK..selebihnya korang boleh rujuk sini kalau nak berkawan dengan pijat >> http://ms.wikipedia.org/wiki/Pijat