Kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof bersalah menghina agama Islam melal...

Peguam: Kenyataan Jakim terhadap pelatih anjing adalah melampau


Kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof bersalah menghina agama Islam melalui videonya disifatkan sebagai melampau, menyalahi undang-undang dan menghina dasar kehakiman negara yang memberi hak mempertahankan diri kepada suspek kata kumpulan peguam kepada wanita tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, N. Surendran dan Latheefa Koya (gambar) yang merupakan peguam kepada Maznah mengatakan Jakim yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menjejaskan proses perbicaraan suspek .

"Kenyataan Jakim merupakan satu perisytiharan mengesahkan bahawa Chetz Yusof sememangnya bersalah atas kesalahan jenayah yang didakwa," kedua-dua peguam dalam satu kenyataan petang ini.

"Jabatan Perdana Menteri secara terang-terangan menyalahi undang-undang dan mengganggu tanggungjawab kehakiman negara," tambah beliau lagi.

“Jakim yang merupakan badan pentadbiran tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada video itu menghina Islam benar atau tidak dan Jakim telah bertindak di luar kuasanya dan lebih daripada bidang kuasanya.”

Kedua-dua peguam itu juga terkejut apabila mengetahui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyokong pendirian Jakim dan mengancam akan membawa hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM).

"Menteri, yang bertanggungjawab dalam Jakim, seolah-olah menjadi jahil dan acuh tak acuh kepada peranan dan tanggungjawab Jakim," tambah kedua-dua peguam itu lagi.

Mereka menggesa Jakim menarik balik kenyataan tersebut dan memberi penjelasan berhubung campur tangan Jakim dalam fungsi kehakiman.

"Kami menuntut agar Jakim atau pihak lain menamatkan serangan atau propaganda terhadap Chetz Yusof, Ia perlu difahami bahawa kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi hak pelanggan kami.”

Semalam, Jamil Khir mengatakan Jakim pelatih anjing Muslim Maznah bersalah kerana menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.

Menurunya, Jakim akan memaklumkan perkara itu kepada SKMM bagi membuat tindakan susulan.

Rakaman video yang menunjukkan seorang Maznah menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya tersebar luas menyebabkan beliau dibawa ke Segamat, Johor untuk ditahan reman.

Bagaimanapun, Maznah sudah dibebaskan semalam. – 3 Ogos, 2013.

Sumber dari: TheMalaysianInsider