KERETA Persona dipandu Zarina remuk di bahagian depan dan kiri selepas ditimpa pokok tumbang Ipoh: “Mungkin malaikat bantu melindungi k...

‘Malaikat lindungi kami’

KERETA Persona dipandu Zarina remuk di bahagian depan dan kiri selepas ditimpa pokok tumbang

Ipoh: “Mungkin malaikat bantu melindungi kami. Saya sendiri tidak percaya masih hidup,” kata Zarina Kamaruddin, 23, yang terselamat selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap kereta dipandunya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, sebatang pokok sebesar tiga pemeluk dan setinggi 20 meter tumbang sebelum menghempap kereta mangsa yang melalui Jalan Abdul Jalil, di sini.

Ketika kejadian mangsa dan tunangnya yang mahu dikenali sebagai Asmawi, 20, dikatakan baru saja berbuka puasa di sebuah restoran berhampiran Stadium Indera Mulia, di sini.

Zarina berkata, dia yang memandu kereta pulang ke rumah terkejut melihat pusaran angin berwarna putih melalui kawasan itu bersama hujan lebat.

“Secara tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang sebelum menghempap sisi kiri kereta Proton Persona yang saya pandu. Kesan hentaman kuat itu menyebabkan pintu bahagian kiri kereta tidak boleh dibuka manakala cermin pintu serta hadapan kenderaan pecah.

Sumber dari: Metro