Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini

Cara permohonan mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan


Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini


Nombor-nombor Semasa

Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.

Dokumen yang perlu dikemukakan

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : ” TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN ” dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

PERMOHONAN MENYERTAI TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA TAWARAN

Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA PILIHAN

Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .

PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN (KELULUSAN KHAS)

Surat Permohonan
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ).

Keputusan

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan
Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan
Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan
Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad

Harga Tempahan

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut :

Nombor Bernilai Utama RM10,000
Nombor Menarik RM 2,000
Nombor Popular RM 300
Nombor Semasa RM 300

Maklumat tambahan

Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan
Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka
Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan