Alamak haii...benda makan dalam bilik persalinan pun nak dijadikan isu besar. Then lepas tu dakwa tak menyenangkan sebab bilik tu bers...

Isu sekolah menyuruh murid makan dan rehat dalam bilik persalinan.


Alamak haii...benda makan dalam bilik persalinan pun nak dijadikan isu besar. Then lepas tu dakwa tak menyenangkan sebab bilik tu bersebelahan tandas. Kalau yer pun jangan la sampai melatah nak perbesarkan isu nie. 

Korang tak biasa makan sebelah tandas ke? Besar sungguh rumah korang yer..maklumlah mungkin anak orang kaya tak pun orang kampung rumah kayu tandasnya di luar. Aku dari kecik sampai besar makan sebelah tandas sebab rumah mak bapak aku kecik design teres setingkat. So ruang makan memang sebelah dengan tandas.

Ini pihak sekolah dah sediakan bilik jaraknya cuma bersebelahan dengan tandas dijadikan isu.
Adeh umat oiiii..jangan la kerana isu ni sampai nak diperbesarkan menjadi isu perkauman. Tengok dan selidik dulu dengan pihak sekolah. Ape niat mereka..guru pun ade hati dan perasaan. Takkan nak dibiarkan anak murid sendiri makan takde tempat. Tahulah mereka menguruskannya. Bagi mak bapak yang tak puas hati tu patutnya bawak berbincang dulu dan selidik. Nasihat aku di bulan Ramadhan nie jangan lah diperbesarkan isu ni sangat.

Kantin sekolah ditutup sebab bulan puasa.

Menyediakan tempat makan untuk murid yang tak seberapa ramai tidak puasa. Tandas sebelah bilik persalinan.

Dari gambar nampak bersih bilik ni..cuma tak pasti pula dengan baunya.



Bilik ni kalau dilihat sangat bersih ade singki lagi kat sebelah.. tak salah pun bagi aku nak amkan dalam bilik ade bilik mandi ngan tempat basuh tangan..



Korang yang membaca tu fikir-fikirkan lah niat murni pihak sekolah tu. Tak puas hati bawak berbincang dengan aman.