Mangsa seorang anggota polis yang sedang melakukan latihan payung terjun, patah kedua-dua belah kakinya apabila gagal mendarat dengan s...

Anggota Polis Terbabit Kemalangan Payung Terjun


Mangsa seorang anggota polis yang sedang melakukan latihan payung terjun, patah kedua-dua belah kakinya apabila gagal mendarat dengan sempurna ketika melakukan terjunan. 

Mangsa Koperal Mohd Faizi Rashid dikatakan hilang kawalan ketika cuba mendarat sebelum terhempas. Kejadian berlaku di Padang Tekah Asam Kumbang, Taiping, kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu.
Detik-detik cemas kejadian itu berjaya dirakam melalui video amatur orang awam di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.

 Menurutnya lagi, siasatan awal menunjukkan terdapat masalah teknikal selain perubahan cuaca. Mangsa yang bertugas di Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kini ditempatkan di hospital taiping bagi mendapatkan rawatan. Keadaannya dilaporkan stabil. 

Sumber: TV3