Rogol adalah yang jenayah seksual melibatkan kekerasan dan paksaan ke atas perempuan. - Gambar hiasan ROGOL! perkataan yang pastinya m...

Rogol: Gejala sosial atau kes jenayah?


Rogol adalah yang jenayah seksual melibatkan kekerasan dan paksaan ke atas perempuan. - Gambar hiasan

ROGOL! perkataan yang pastinya menggerunkan setiap wanita. Malah, sebilangan besar perempuan lebih rela dibunuh daripada dirogol. Definisi undang-undang, rogol adalah satu bentuk jenayah serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa melakukan hubungan seksual.

Dirujuk juga sebagai hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur. Berita kejadian rogol telah acap kali mengejutkan masyarakat. Tidak setakat rogol, lebih tragis membabitkan bunuh selepas kehormatan dinoda. Teruknya keadaan ini!

Apakah pengaruh televisyen puncanya? Apakah kecanggihan teknologi memberi peluang besar kegiatan memuat turun bahan berunsur porno, sebabnya? Atau kelemahan iman itu sendiri mengarahkan akal menundukkan nafsu rakus yang sememangnya tidak pernah jinak?

Nah, pelbagai persoalan boleh diutarakan. Kini, rogol tak berlaku dek paksaan sahaja, tetapi juga kerana gagal kawal nafsu seterusnya 'terbabas'.

Ramai anak muda kini suka berpelesiran, bebas berdating tanpa tegahan, semua ini faktor menyumbang berlakunya persetubuhan haram. Oleh kerana bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol.

Jadi, adakah kejadian rogol kini betul-betul perbuatan jenayah atau masalah sosial?

Sumber dari: Sinar