MOHAMED KHALED (kanan) menurunkan tandatangan pada Program Mengecat Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Rakya...

Mansuh PTPTN bawa 'bencana'


MOHAMED KHALED (kanan) menurunkan tandatangan pada Program Mengecat Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Rakyat di negara ini bakal berdepan dengan kemungkinan kenaikan cukai pendapatan serta pengurangan jumlah kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sekiranya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perkara tersebut didedahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi mengulas mengenai pemansuhan PTPTN seperti yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Mohamed Khaled, untuk mendapatkan pendidikan percuma, kerajaan memerlukan peruntukan besar dan salah satu daripadanya adalah dengan menaikkan cukai pendapatan sehingga 60 peratus.

“Kita tidak boleh laksana pelajaran percuma bagi pengajian di IPT seperti yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain. Jika ingin laksana, pasti akan ada orang lain yang perlu membayarnya.

“Jika rakyat sanggup berdepan kenaikan cukai sehingga 60 peratus bagi mendapatkan pendidikan percuma, mereka bolehlah sokong pembangkang,” katanya selepas merasmikan Program Mengecat Rumah Pangsa Ros Merah di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di Taman Johor Jaya di sini semalam.

Sumber dari: Kosmo