BLOCH (kiri) dan Carauddo (kanan) menunjukkan aksi pedang bercahaya. SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Dua orang peminat filem Star War...

Peminat Star Wars buka kelas cara guna pedang bercahaya

BLOCH (kiri) dan Carauddo (kanan) menunjukkan aksi pedang bercahaya.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Dua orang peminat filem Star Wars membuka kelas kepada orang ramai cara untuk menggunakan pedang bercahaya dengan selamat.





Dua peminat itu, Alain Bloch and Matthew Carauddo membuka kelas itu pada tahun 2011.

Mereka mengajar para pelajar tentang cara untuk membuat gerakan koreografi dengan menggunakan pedang itu.

Bayaran sebanyak AS$10 (RM30.99) dikenakan kepada pelajar untuk tempoh tiga jam.

Semua pedang bercahaya itu disediakan di dalam kelas itu. - AFP

Sumber dari: Kosmo