Harga kereta dijangka terus turun menjelang 2015 berikutan usaha kerajaan mengadakan perbincangan dengan lebih banyak syarikat pengelua...

Kereta harga turun 2015



Harga kereta dijangka terus turun menjelang 2015 berikutan usaha kerajaan mengadakan perbincangan dengan lebih banyak syarikat pengeluar kereta untuk mengurangkan harga kereta mereka yang dijual di negara ini.


Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, berkata ketika ini beberapa model seperti Honda dan Toyota sudah pun dijual pada harga lebih rendah di negara ini selepas syarikat pengeluarnya mengambil langkah mengurangkan kos pengeluaran bagi merendahkan harga diatas jalan (OTR) model terbabit.
Harga rendah berbanding Thailand


Malah, katanya, harga bagi model Honda dan Toyota yang terbabit adalah lebih rendah berbanding di Indonesia, dan berdasarkan rundingan yang terus berlangsung, beliau yakin pada masa depan harga kereta di negara ini akan lebih rendah daripada di Thailand.

“Ketika isu harga kereta ditimbulkan, kami sebenarnya sudah lama berbincang dengan pengeluar kereta meminta mereka mengurangkan harga kereta masing-masing tanpa memerlukan kerajaan mengurangkan cukai eksais.

Kurangkan kos pengeluaran

“Kami berpendapat pengurangan cukai eksais tidak akan mengurangkan harga OTR, jadi kami meminta OEM (pengeluar kereta) mengurangkan kos pengeluaran supaya harga OTR kereta keluaran mereka dapat direndahkan secara kekal.
“Tahun ini, kami akan mengadakan rundingan lebih banyak OEM (pengeluar kereta) bagi meyakinkan mereka keperluan mengurangkan harga kereta sekarang sebelum kerajaan melaksanakan liberalisasi (industri automotif),” katanya pada taklimat industri anjuran MIDF Research di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber dari: Berita Harian