MELAKA: Terdesak untuk merahsiakan hubungan bersama kekasihnya yang sudah hamil, seorang lelaki bukan saja menyediakan ‘rumah perlindun...

Akibat terlanjur, Kekasih berani menjadi bidan



MELAKA: Terdesak untuk merahsiakan hubungan bersama kekasihnya yang sudah hamil, seorang lelaki bukan saja menyediakan ‘rumah perlindungan’ sepanjang gadis itu mengandung, malah sanggup menjadi bidan menyambut kelahiran bayi itu pada awal November tahun lalu.

Ketika proses melahirkan anak oleh gadis berusia 18 tahun itu, lelaki berusia awal 20-an terbabit dengan berani menjadi bidan tidak bertauliah memotong tali pusat dan mengeluarkan uri dari perut kekasihnya itu selain menguruskan seluruh proses kelahiran terbabit di sebuah rumah di pinggir bandar ini.
Bagaimanapun, sebulan selepas kelahiran bayi yang tidak pernah mendapat pemeriksaan kesihatan itu, perbuatan terbabit akhirnya diketahui keluarga lelaki berkenaan.

Bayi perempuan itu kemudian dibawa pulang ke kediaman mereka di pinggir bandar ini beberapa minggu lalu untuk mencari jalan penyelesaian bagi mendaftarkan kelahirannya.

Pasangan itu kemudian dirujuk di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) oleh keluarga lelaki terbabit bagi tujuan mendapatkan bantuan pendaftaran kelahiran sebelum mereka ditahan untuk siasatan lanjut pada hujung minggu lalu.

Sumber dari: Metro