KUALA LUMPUR – Mungkin ini adalah khabar gembira untuk kita semua.Lelaki dalam klip video di bawah tajuk Video ‘Satu Lagi Binatang’ Der...

Rakaman Video: Bapa kejam memukul anak tiri



KUALA LUMPUR – Mungkin ini adalah khabar gembira untuk kita semua.Lelaki dalam klip video di bawah tajuk Video ‘Satu Lagi Binatang’ Dera Budak Muncul sebenarnya sudah pun ditahan pihak polis sedang disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.







“Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut PDRM di laman Facebook mereka.

Tambah kenyataan berkenaan, kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penulis menyeru agar kita semua berdoa supaya bapa tiri kanak-kanak tersebut akan diberikan seberat-berat hukuman dan kanak-kanak tersebut akan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Sesiapa di antara kita yang mengetahui sebarang perbuatan penderaan perlulah menghubungi talian Nur 15999 untuk membuat laporan segera.

Ini bukan soal jaga tepi kain orang…tetapi soal menyelamatkan insan yant tidak bermaya dan lemah.

Sumber dari: http://mynewshub.my/2012/12/12/pendera-adalah-bapa-tiri-kanak-kanak/