ISTILAH
KEHAKIMAN
|
||
BIL
|
ISTILAH
|
MAKSUD
|
1
|
Afidavit
|
Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan
dalam kes sivil / kes jenayah.
|
2
|
Alibi
|
Bukti yang
menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh berada di tempat
lain.
|
3
|
Appointee
|
Orang yang
dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.
|
4
|
Assumpsit
|
Tindakan Common Law
diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.
|
5
|
Autre conuict
|
Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan
itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan
dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.
|
6
|
Bail
|
Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir
ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka
wang cagaran penjamin dirampas.
|
7
|
Bailiff
|
Orang yang
dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang.
|
8
|
Bona fide
|
Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan
dalam perbuatan yang salah.
|
9
|
By-law/bye-law
|
Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk
penyelarasan.
|
10
|
Certiorari
|
Permohonan terhadap
Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rendah
|
11
|
Common Law
|
Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan
ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu
dan dalam bentuk lisan.
|
12
|
Consensus ad idem
|
Persetujuan
atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.
|
13
|
Coroner
|
Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian
seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.
|
14
|
Cy-pres
|
Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat
seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati
pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum.
|
15
|
Deed
|
Surat
perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.
|
16
|
De facto
|
Dari segi persoalan fakta
|
17
|
Defendan
|
Tertuduh dalam kes perbicaraan.
|
18
|
Ekstrinsik
|
Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu
dokumen bertulis.
|
19
|
Ex parte
|
Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes
tanpa kehadiran defendan (tertudh)
|
20
|
Fustus officio
|
Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah
yang sama selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.
|
21
|
Habeas Corpus
|
Writ diperoleh
daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada dalam tahanan pihak
berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan membela dirinya.
|
22
|
Injuksi
|
Perintah
mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu perkara.
|
23
|
Levi
|
Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi
cukai.
|
24
|
Mandamus
|
Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/
sesebuah badan menjalankan kewajipan untuk orang awam.
|
25
|
Mandatory
|
Hukuman yang
patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.
|
26
|
Mortage
|
Gadai janji
|
27
|
Penalty
|
Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau
sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak.
|
28
|
Petition
|
Rayuan bertulis
kepada kerajaan atau mahkamah.
|
29
|
Plaintif
|
Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap
tertuduh.
|
30
|
Prima facie
|
Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima
mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh.
|
31
|
Status quo
|
Berada pada kedudukan asal
|
32
|
Quarantine
|
Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit
berjangkit.
|
33
|
Saman
|
Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri
di Mahkamah pada masa yang ditetapkan.
|
34
|
Sheriff
|
Melaksanakan
arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.
|
35
|
Sapina
|
Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana
berkaitan dengan perbicaraan.
|
36
|
Ultra vires
|
Perbuatan yang melampaui batas undang-undang
|
37
|
Void
|
Terbatal kerana sah
|
38
|
Waran
|
Perintah diberi
kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya ke mahkamah
|
39
|
Writ
|
Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop
mohor kerajaan / mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu /
menghalangnya daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan
memerintahkan defendan hadir dari kes sivil.
|
16:06
MARI BELAJAR ISTILAH KEHAKIMAN
by
Anomoyus
16:06
About author: Anomoyus
Seorang hamba yang sedang mengembara dan dah redha atas segala ketentuanya dariNya. Sekadar menulis dan berkongsi apa yang perlu pada mereka yang sudi bertukar pandangan. Berblogging just for fun.