Korban Taufan Bopha meningkat 475 orang NEW BATAAN 6 Dis. - Angka korban Taufan Bhopa yang melanda selatan Filipina, kelmarin kin...

Amaran dari Kerajaan pada penduduk Sabah,Sarawak dan Labuan


Korban Taufan Bopha meningkat 475 orang

NEW BATAAN 6 Dis. - Angka korban Taufan Bhopa yang melanda selatan Filipina, kelmarin kini meningkat kepada 475 orang dan menyebabkan hampir 200,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Pegawai tentera yang terlibat dalam operasi menyelamat, Mejar Jeneral Ariel Bernardo berkata, pihaknya berusaha mengesan sekurang-kurangnya 377 mangsa yang masih hilang.

Jelas beliau, kira-kira 179,000 penduduk yang menginap di kawasan perlindungan sementara, kini memerlukan bantuan kemanusiaan.

Menurutnya, kebanyakan mangsa merupakan penduduk miskin yang berpindah-randah dan mendiami kawasan terdedah kepada tanah runtuh di New Bataan dan bandar berdekatan, Konkayo.

Katanya, sebanyak 258 mayat ditemui di bahagian pantai timur Mindanao, sementara 191 lagi ditemui di New Bataan dan Monkayo.

Seorang daripada mangsa, Erinea Cantilla berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa meredah lumpur selama dua hari bagi mendapatkan makanan di tempat perlindungan selepas kediaman mereka di New Bataan musnah dalam tragedi itu.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dalam pada itu, merayu bantuan berjumlah 3.7 juta euro (RM14.7 juta) bagi membantu Palang Merah Filipina menyediakan bantuan kepada mangsa taufan yang hilang tempat tinggal. - AFP




Dikeluarkan pada pukul 02:02PM, 07 Disember 2012


AMARAN KATEGORI PERTAMA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



Kemaskini:
Ribut Tropika Kuat (BOPHA) dikesan pada Latitud 14.2 U dan Longitud 115.7 T, pada jam 11:00 pagi 7 Disember 2012, kira-kira 820 km ke Utara Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Utara dengan anggaran kelajuan 15km/j.

Sehubungan dengan itu:

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin, 10 Disember 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 07 Disember 2012, jam 02:02PM 


FIRST CATEGORY WARNING

WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS



Update:
Severe Tropical Storm (BOPHA) is located at Latitude 14.2 N and Longitude 115.7 E, at 11:00 am, 7th December 2012, approximately 820 km North of Kudat, Sabah and moving Northwards with estimated speed of 15km/h.

In this connection:

WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)

Strong Northeasterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres occurring over the waters off Sarawak (Miri), FT Labuan, Sabah(Interior, West Coast & Kudat), Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan and Sulu are expected to continue until Monday, 10th December 2012.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports.

Updated on 07 December 2012, at 02:02PM 

Sumber dari: MMD