CAMERON HIGHLANDS Sudahlah dibelasah tanpa perikemanusiaan, seorang wanita warga Bangladesh turut dirogol bergilir-gilir hingga pengsan...

Wanita 23 thn dirogol bergilir2 sampai pengsan & samun oleh 5 laki yg menyamar polis.



CAMERON HIGHLANDS Sudahlah dibelasah tanpa perikemanusiaan, seorang wanita warga Bangladesh turut dirogol bergilir-gilir hingga pengsan dalam tandas sebuah rumah kosong oleh sekumpulan lima lelaki menyamar anggota polis di Batu 33, Ringlet, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, wanita berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pemetik bunga di sebuah kebun berdekatan dikatakan berehat dalam bilik manakala dua lagi rakan sekerja lelaki berusia 28 dan 45 tahun yang juga sekampung berada di ruang tamu rumah kongsi dibina majikannya selepas pulang bekeija.

Lima lelaki itu yang menaiki dua kereta dipercayai berusia antara 20 hingga 30 tahun mengetuk pintu rumah mangsa dan selepas memperkenalkan diri sebagai polis, kumpulan itu mengarahkan mangsa menunjukkan pasport dan permit kerja masing-masing.

Rakan sekerja mangsa memaklumkan mereka mempunyai pasport dan dokumen perjalanan sah, tetapi penjelasan itu membuatkan kumpulan itu berang sebelum merempuh masuk dan membelasah ketiga-tiga mangsa menggunakan sebatang besi.

Kumpulan itu turut mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang dan apabila enggan berbuat demikian, mangsa sekali lagi dipukul menyebabkan beberapa bahagian badan berdarah.

Melihatkan ketiga-tiga mangsa rebah dan terbaring di lantai berlumuran darah, beberapa anggota kumpulan itu menggeledah bilik dan menemui wang tunai RM5,700 sebelum mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta.

Kumpulan itu membawa semua mangsa ke sebuah rumah kosong, dua kilometer dari rumah kongsi itu. Dua pekerja lelaki berkenaan dikurung dalam sebuah bilik manakala wanita itu dikurung dalam tandas. Wanita itu dipaksa menanggalkan pakaian dan dirogol bergilir-gilir mengakibatkan mangsa pengsan.

Selepas hampir lima jam menjadi tawanan, lima lelaki itu menghantar semua mangsa pulang ke rumah kongsi sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Cameron Highlands pada jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, hasil maklumat diberikan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai seorang anggota kumpulan berkenaan.

Menurutnya, selepas soal siasat, sepasukan anggota polis melancarkan gerakan memburu dua lagi anggota kumpulan itu sebelum mereka ditahan di sebuah rumah kosong ketika membahagikan wang hasil samun berkenaan.