Pernahkah anda terfikir bagaimana anda untuk membuktikan jika anda tidak bersalah sekiranya mendapat saman trafik? Jika anda memandu ...

Cadangan untuk kerajaan sistem yang lebih baik dari sistem AES bagi mengelakkan kemalangan jalan raya


Pernahkah anda terfikir bagaimana anda untuk membuktikan jika anda tidak bersalah sekiranya mendapat saman trafik?
Jika anda memandu tidak melebihi 60km/j tetapi anda tetap di saman kerana melebihi had laju. So apa buktinya anda untuk membela diri ? Diorang ambil gambar jer.. betul ke anda memandu laju?

Di bawah ini adalah cadangan dari aku sendiri bagi membela nasib pemandu yang disaman dan sepatutnya kerajaan menggunakan sistem ini untuk mengelakkan kemalangan di seleuruh jalan setiap negeri bukannya AES atau speed trap atau saman ekor yang hanya tertumpu pada kawasan kemalangan.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana jua.


Apa yang aku nak cadangkan ini merupakan satu sistem keselamatan pemanduan yang lebih membantu untuk mengruangkan risiko kemalangan di jalan raya. 

Sistem ini sudah pun bertapak di negara-negara luar dan di Malaysia hanya digunakan oleh syarikat-syarikat yang banyak menggunakan kenderaan. Kalau korang nak tahu Syarikat tempat aku bekerja juga menggunakan sistem ini. Secara tidak langsung kemalangan dapat dielakkan kepada sesiapa yang menggunakan kenderaan syarikat aku itu.


Sistem ini dikenalai sebagai "Sistem Telematik"
Bagaimana ia berfungsi? Sistem ini memerlukan pekakasan elektronik yang menerima isyarat GPS dan frekuensi telefon selular. Maka peranti ini memerlukan SIM card telefon sperti Celcom,Maxis, Digi dan sebagainya.

Maka ia boleh dikatakan sebuah smart phone yang di simpan didalam komponen kenderaan.
Peranti ini menghubungkan sistem elektronik kenderaan tersebut bagi merekodkan tingkah laku kenderaan tersebut seperti kelajuan, break, minyak, keselamtan dan pelbagai lagi fungsi yang boleh direkodkan.


Video diatas adalah contoh bagaimana sistem ini berfungsi. Pemandu hendaklah mempunyai satu kunci elektronik untuk mengaktifkan sistem telematik tersebut. Jika tidak kenderaan tidah dapat dihidupkan selagi kunci elektronik tidak dihubungkan. Dengan ini dapat meningkatkan lagi sistem keselamatan kenderaan anda daripada kecurian.


Dengan adanya sistem GPS, Sistem Telematik akan mengawal pemanduan pemandu kenderaan tersebut dengan membunyikan amaran jika melebihi had laju pada jalan yang dilalui.

Sebagai contoh, jika pemandu menggunakan lebuhraya yang had lajunya 110km/j maka sistem GPS akan mengenal pasti laluan itu. Jika pemandu memecut lebih dari had laju 110km/j maka kenderaan tersebut akan mengeluarkan bunyi amaran.

Jika kerajaan benar-benar serius dalam menangani kemalangan sistem ini juga boleh mengawal kawalan minyak pada enjin kenderaan. Dengan ini pemandu tidak boleh memecut sesuka hati pada jalan-jalan yang telah ditetapkan had lajunya melalui sitem GPS
Oleh kerana ianya menggunakan frenkuensi telefon selular ia juga mempunyai kelebihan untuk melihat lokasi kenderaan serta cara pemandian melalui applikasi telefon pintar yang ada di pasaran sekarang.


Maklumat kenderaan diagnostik dihantar melalui sistem telematik terbaru memainkan peranan utama dalam membantu pengendali pengurusan kenderaan.

Penyelidikan juga telah menekankan kesihatan pekerja dan keselamatan sebagai satu lagi sebab utama mengapa telematik dan kenderaan peralatan pengesanan kini dianggap sebagai alat penting bagi pengurus kenderaan.

Maklumat tepat pada tingkah laku pemandu dari segi kelajuan, gaya pemandu, brek keras atau pecutan memberikan gambaran sebenar

Dengan mengenal pasti mereka yang memerlukan untuk membuat perubahan, kerajaan boleh meningkatkan tingkah laku pemandu itu lebih berdisiplin di jalan raya dan bertanggungjawab bagi mencegah kemalangan yang boleh juga mengurangkan kos kewangan lain seperti kos pembaikan, caj pajakan, insurans yang lebih tinggi dan kehilangan nyawa.

System Telematics jarang digunakan di kalangan masyarakat Malaysia secara  individu - ia biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat yang mampu bagi membantu meningkatkan produktiviti bagi mengurangkan kos dan keselamatan pada pekerja mereka.

Langkah ini adalah sebahagian daripada keselamatan pengguna jalan raya dan langkah-langkah keselamatan dengan melumpuhkan dan mengesan kenderaan jika ia di curi. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan  kes kecurian kereta dan peratusan untuk mendapatkan kembali bagi menjejaki kenderaan yang hilang amat tinggi.

Sekarang bagaimana? anda setuju atau tidak? Jika anda kena saman dan anda tidak berpuas hati anda sudah  ada cara untuk menyemak kembali rekod perjalanan dan kelajuan anda masa itu.

Akhir sekali bantulah sebarkan post ini bagi membuka mata masyarakat Malaysia dari kena saman dan kemalangan.

Selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya.