KLANG 20 Okt. - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicekik dan dipukul d...

Kanak-kanak mati dicekik dan dipukul dua lelaki warga Kemboja



KLANG 20 Okt. - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicekik dan dipukul dua lelaki warga Kemboja di Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berusia 35 tahun dalam keadaan berbungkus dalam semak di belakang rumah suspek kira-kira pukul 10 malam.

Mangsa ditemui susulan tindakan bapanya bersama penduduk kampung mencari selepas kanak- kanak tunggal itu tidak pulang ke rumah sejak bermain seorang diri di sekitar kediamannya kira-kira pukul 6 petang.

Difahamkan, bapa mangsa bersama ibunya yang dikenali sebagai Asimas, 30, kedua-duanya warga Kemboja mengenali suspek kerana bekerja sebagai tukang jahit di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini dan ibu bapanya telah diarahkan supaya menghantar mayat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Sumber dari: Berita Utusan